Misi mencari lego Ejen Ali x Vitagen.


Bulan lepas, Vitagen mulakan promosi produk diorang. Kolaborasi dengan Ejen Ali. Setiap pembelian 3 pek Vitagen dapat sepaket lego aka figura mini karakter dalam Ejen Ali.

Ada 4 kesemuanya. Nak redeem figura mini ni, tak semua kedai ada. Hanya selected kedai je yang join promosi ni antaranya AEON, Mydin, Giant, Hero dan TMG Mart.


Bulan lepas, benda ni kat tempat aku belum masuk lagi. Aku siap call kedai-kedai yang join promo ni tapi diorang kata takde. Aku jenis tak suka serbu kedai kalau ada promo macam ni. Better call dan confirm kan. Kalau ada, terus aku pergi cari.

Semalam, aku call AEON dan Mydin. Katanya figura mini Ejen Ali dah masuk. Hari ni, terus aku ke sana. Aku pergi Mydin sebab lebih dekat.



Sebelum beli Vitagen, aku double confirm dengan staff customer service. Risau nanti bila dah beli Vitagen, free gift nya tak dapat pulak. Staff tu kata ada. Banyak lagi. Dia siap tunjuk figura mini tu dalam satu kotak.


Lepas beli Vitagen 12 paket yang ada total 60 botol kesemuanya, aku pun pergi lah redeem free gift tu kat kaunter penebusan. Dapat semua 4 karakter Ejen Ali.



Tapi kan, terasa banyak pulak Vitagen yang aku beli ni. 60 botol. Tak pernah aku beli banyak macam ni. Dah lah tarikh expired paling lama sebulan je. Ada jugak terselit botol yang minggu depan bakal expired. Nak tak nak kena habiskan jugak kalau tak nak membazir. 😅

Post a Comment

13 Comments

  1. banyaknya beli demi lego hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benda jarang muncul. Kena lah rebut sebelum habis stok. 😅

      Delete
  2. rajinnye la kamu ni.. brape usia yer? :P :P :P..

    ReplyDelete
  3. wahh ada ye, nak cari lah untuk anak kak ana hehe :)

    ReplyDelete
  4. bak sini sy habiskan vitagen tu hahahaha

    ReplyDelete
  5. Lego ejen ali punya pasal ..terbeli 60 botol vitagen haa .banyak tu

    ReplyDelete
  6. hahaha ingatkan salah baca awal tu rupanya betul beli sampai 60 botol. bagi la dekat budak2 kecik. diorang kan suka vitagen

    ReplyDelete
  7. Ya Allah bang, demi action figure yaa 🤣🤣. Tapi saya paham, namanya dah sukaaa sangat, pastilah dibeli supaya bisa dpt semua figures nya kan 😄😄. Tak apaaa, beli 60 botol, berarti setiap hari minum 2. Habis dlm sebulan 🤭

    ReplyDelete