Jumpa roti Spy x Family dalam AEON.


Singgah market AEON sekejap lepas puas pusing dalam kedai buku Popular. Nak tengok promo apa yang ada. Selalunya hujung-hujung bulan, ada je promo yang AEON buat.

Kat luar market AEON, ada kedai bakeri yang dipanggil La Boheme. Dulu aku suka singgah sini sebab nak beli roti kopi ala Rotiboy versi bajet.

Kat depan kedai tu, ternampak pulak banyak roti bertemakan Spy x Family. Tak sangka pulak boleh wujud roti ni dalam AEON. Kalau siapa baca manga atau komik, pasti tahu apa tu Spy x Family.







Ada banyak promo. Harga runtuh. Ada beberapa jenis roti dan biskut. Mungkin nak clear stock. Nak beli, risau tak sedap. Aku bab roti macam ni, payah sikit nak bagi harapan tinggi.

Aku beli lah 2 ketul roti. Tu pun sebab nak simpan gambar kat roti tu buat koleksi. Tapi gambar Anya takde. 😭

Masa nak bayar, cashier tu kemain tangkas. Kalah smash kencang Lee Zii Jia. Tak sempat aku nak pasal gambar Anya, dia dah siap bungkus letak roti aku dalam plastik bag dan tunggu aku bagi duit.





Balik rumah, aku pun cuba lah makan. Serius tak kena dengan tekak aku. Rotinya liat yang amat. Intinya tak memberangsangkan. Yang inti chicken stew tu boleh tahan lah jugak. Tapi roti inti salmon tu sangat tak sedap. Lepas makan, tekak jadi kering. Maka, minum lah aku air dengan banyak sebab nak bagi hilang rasa salmon tu.

Lagi satu, atas roti salmon tu dipenuhi dengan kacang. Hareyy betul. Tak perasan pulak aku masa beli tu.


Tak dapat nak buat apa. Tak boleh nak repeat order sebab tak kena dengan tekak aku. Presentation semua tu lawa tapi rasa kureng. Simpan je lah tag roti ni sebagai kenang-kenangan. 😄

Post a Comment

12 Comments

  1. comenlnya , betul presentation dah best

    ReplyDelete
  2. haha.. presentation harus lawa utk menarik perhatian customer..
    lepas ni xpyh repeat order dh kalo xkena ngn tekak.. kikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tolak jauh-jauh. Kalau beli nanti pun sebab nak kumpul barang Spy x Family tu. 😅

      Delete
  3. aduhai ni yg tak best, rasa failed! hehe

    ReplyDelete
  4. Aduh!! Ini yang lemah.. Persembahan kemain cantik lagi.. Rasa pula out..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam sayang pulak bila diorang tak jadikan rasa tu sesuai dengan selera orang kita. Kalau tak, boleh borong terus nanti. Harga dah murah tu.

      Delete
  5. Memang nampak lawa presentation roti tu.
    Rupanya tak kena dengan tekak pulak.

    ReplyDelete