Si kuning bunga kenanga.


Mulanya aku tak tahu bunga ni nama apa. Suatu hari tu aku ternampak pokok bunga warna kuning kat satu tempat ni. Unik bentuk bunganya. Aku tertarik sebab tak pernah tengok pun bunga ni sebelum ni.

Bau bunga ni wangi. Macam bau bunga melur. Bila search kat Internet, baru lah aku tahu nama bunga ni: bunga kenanga.


Aku pun beli lah sepokok kat Shopee. Kecik je pokoknya. Lebih kurang 30 cm tinggi. Aku tanam dalam pasu. Mula-mula tumbuh daun baru. Tak lama lepas tu, aku tengok bunga mula tumbuh jugak.


Sekarang, dah ada beberapa kuntum bunga yang tumbuh. Satu dah cukup matang. Warna kuning terang. Bunga kenanga payah nak jumpa. Tak ramai yang tanam. Sebab tu aku beli. Ingat bila dah besar sikit, nak alihkan ke tanah. Biar pokok bunga kenanga ni membesar dengan jayanya.

Post a Comment

3 Comments

  1. Baunya wangi, simpan dalam beg tangan nanti beg akan wangi, simpan dalam buku, nanti buku wangi

    ReplyDelete
  2. org dulu2 dia masukkan bunga ni ke dalam minyak rambut... minyak kelapa.. wangi semerbak baunya.. aroma menyegarkan... letak dalam bilik pun ok.. semakin hitam warnanya semakin wangi.. cube ambil n letak dalam mangkuk... letak atas meja dalam bilik.. terapi diri..

    ReplyDelete
  3. opah sy dulu rajin tanam. Lps petik dia masukkan dlm beg telekung dia. Smpi kering bunga tu dibuatnya… hahaha… mmg wangi bunga ni…

    ReplyDelete