Selesai renew kad ahli Popular Bookstore dan dapat free gift.


Hari tu aku pergi AEON mall. Bila dah masuk dalam AEON ni, tempat wajib aku singgah harus lah kedai buku Popular. Kalau dulu masa zaman sekolah, bila masuk Popular aku akan cari alat tulis. Tapi sekarang, buku dan komik pilihan aku.

Kebetulan sekarang ni Popular tengah buat macam-macam promo menarik sempena ulang tahun ke-100. Antaranya diberi hadiah percuma aka free gift bila daftar atau renew kad ahli.


Bila setel renew, aku usha buku apa yang menarik dalam tu. Niat nak beli 2 buah buku je. Sebab ada diskaun 20% bila beli setiap 2 buah buku. Jarang sekali promo macam ni nak muncul.

Ni aku dapat bila renew setahun.

Pusing punya pusing, jumpa lah buku yang aku nak beli: BF-KU Idola K-Pop? 01 dan jugak Dari Alam Cinta: Cinta Solo 01. Kedua-dua komik ni aku pernah cari kat Pesta Buku Kelantan hari tu. Tapi takde jual lagi kat situ.

Kedua-dua komik menarik. Ada masa nanti aku buat review.

Mungki rezeki aku kat Popular ni. Dah lah komiknya ada stok. Ditambahnya dapat diskaun lagi. Mau tak seronok. Nak beli online, risau pulak rosak sebab seller berat tulang nak bungkus buku dalam kotak. Silap hari bulan, dapat lah buku rosak. 😂

Post a Comment

2 Comments

  1. bila renew card ada mcm2 promo sempena ulangtahun ke-100 mmg syok la

    ReplyDelete