Super Ring versi biskut?


Masa scroll Shopee minggu lepas terperasan pulak ada biskut pesen gini. Setahu aku, Super Ring yang aku biasa makan bentuk bulat-bulat tu. Sedap makan sambil sumbat kat jari-jemari. Feeling pakai cincin katakan. 😆

Aku pun order lah sebungkus. Tekstur biskut ni memang tak sama dengan Super Ring bulat tu. Aku ingatkan sama tapi tak. Jauh beza. Cuma masa makan tu, rasa cheese Super Ring biskut ni ada lah sikit. Mungkin perisanya saja yang sama kot.


Sedap ke? Entah. Aku makan beberapa keping. Lepas tu, taruk simpan dalam balang. Dah beberapa hari tak berganjak kuantitinya. Tak tahu lah aku macam mana nak habiskan. Ke boleh campur dengan air susu atau coklat panas? Macam cereal?

Post a Comment

7 Comments

  1. super ring yang bulat2 tu jugak yang sedap! lejennnnn! hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sebungkus tak cukup. Tengok-tengok dah habis.

      Delete
  2. Suka sangat keropok super ring dari kecil sampai sekarang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat Super Ring. Tapi memang jajan tu sedap.

      Delete
  3. Super ring bulat² tu sedap...mungkin yg ni utk market...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin jugak. Sebab versi biskut ni memang kureng. 😌

      Delete