Nasi Goreng Korea Ecoshop yang viral?


Masuk kedai ECO, mata aku melilau cari jajan. Konon nak makan sambil layan TV malam-malam. Masa tengah pilih tu, tetiba teringat benda viral (entah betul ke tak) iaitu Nasi Goreng Korea ready-to-eat.



Terus aku sambar sepaket. Nak cuba sedap ke tak. Lagi pun lama betul aku tak buat nasi goreng Korea. Konon bila dah jumpa benda baru ni, senang lah sikit. Tak payah susah-susah masak.


Nasi goreng ni dah masak sepenuhnya. Boleh panaskan kalau nak. Kalau tak nak panaskan pun boleh. Tapi aku panaskan. Aku taruk dalam kuali. Kacau dalam 2 - 3 minit dan angkat.

Tepi tu hirisan ayam yang aku tambah sendiri.

Sedap ke? Boleh lah. Berbaloi lah beli dengan harga RM2.40. Rasa lah sikit Korea kat situ. Mungkin sebab ada unsur rumpai laut dan tahap kepedasan ala Korea dalam nasi goreng ni. Cuma nasinya keras sikit. 😅

Post a Comment

5 Comments