KFC bandar Kuala Terengganu menggamit memori.


Pernah beberapa kali aku singgah makan kat sini masa awal-awal KFC ni bukak lama dulu sebelum 2010 lagi.

KFC ni ada betul-betul sebelah stesen bas Kuala Terengganu. Lintas jalan dah sampai. Antara restoran fast food yang paling dekat nak pergi selain McD (dulu) yang ada sebelah stesen bas tu jugak.

Tiap kali tengok KFC ni, memori suatu masa dulu mula timbul. Sedih, sebak, happy semua ada. Zaman komik dan majalah fizikal tengah meriah. Dulu sanggup naik bas perjalanan hampir sejam sebab nak cari komik dan majalah Gempak kat stesen bas ni.

Maklum lah, kawasan rumah aku takde kedai buku yang jual komik dan majalah. Kalau ada pun, stok tak banyak. Bila pergi, habis semua. Nak order guna wang pos, duit pulak malas nak simpan. Dulu beli komik dan majalah pun bila ada duit kat tangan.

KFC sini dah jadi macam sesuatu yang ikonik kat bandar Kuala Terengganu. Aku sempat ambil gambar dari luar je. Tak sempat nak masuk sebab terkejar-kejar nak ke tempat lain. 😥

Post a Comment

12 Comments

  1. KFC di kawasan Pekan Tapah Perak pun menggamit memori jugak masa Ana kecik-kecik dulu mmg itu je lah lokasi utk berkumpul sementara tggu bas hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. KFC memang jadi tempat lepak. Beli air pun jadi lah.

      Delete
  2. bola katak org daerah mana ek? ldy org ktrg kejap, org marang kejap.. :P..

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Eh, tak! KT banyak KFC. Cuma cawangan ni yang paling dekat dengan hentian bas KT.

      Delete
  4. Lama betul tak makan KFC. hihi..

    ReplyDelete
  5. pernah sampai di hentian bas KT...

    ReplyDelete