Puding perisa kelapa NONA.


Kali ni, aku beli puding perisa kelapa. Niatnya nak beli perisa cendol tapi takde pulak kat rak dalam market AEON.


Memandangkan perisa kelapa ni aku belum cuba lagi, aku ambil lah sekotak tu. Bukan apa, puding perisa kelapa selalu jumpa kat kedai. Dan dah boleh agak rasanya macam mana. 😅


Disebabkan warna puding ni yang putih dan aku tak nak bagi nampak kosong, aku taruk lah sikit air nisan akan gula melaka. Bagi lah ada colour sikit.


Rasa puding perisa kelapa ni sedap jugak. Manisnya pun balance. Lembut je bila makan. Satu bekas harus lah tak cukup. Kena makan lagi ni. 😆

Post a Comment

6 Comments