Kisah sedih ringkas #3: Buang sampah merata.


Masa pergi kedai runcit. Dari jauh aku nampak ada sorang lelaki dewasa atas motor sambil pegang aiskrim betul-betul depan pintu kedai. Tepi dia ada sorang budak lelaki. Anak dia barangkali. Mungkin baru prasekolah sebab budak pra kat sini balik awal.

Buang sampah sesuka hati


Masa nak masuk kedai, aku terkejut. Lelaki tadi buang plastik aiskrim kat lantai depan kedai. Tanpa segan silu. Tanpa rasa bersalah. Tanpa tengok sekeliling cari tong sampah. Padahal tong sampah ada. Depan dia.

Anak pun follow sekali


Aku geram tengok. Memang takde sivik betul orang ni. Aku ingatkan sampai situ je. Betul-betul aku melangkah masuk kedai, aku nampak kat hujung mata aku yang budak sekolah tu pun buang plastik aiskrim kat lantai.

Aku geleng kepala sambil masuk. Niat hati nak je aku tegur 2 ekor beruk (maaf terkasar) tu. Tapi bila fikir balik, jenis takde sivik macam ni, buang masa kita tegur. Nanti kita pulak yang dimakinya.

Anak cerminan ibu bapa


Aku sedih. Sedih sebab tengok cara bapak tu didik anak dia. Sedih tengok generasi akan datang yang membesar atas perangai buruk orang tua dia. Anak-anak adalah cerminan ibu bapa.

Kadang aku marah. Orang macam ni dengan perangai buruknya. Orang kahwin, dia sibuk nak kahwin. Orang ada anak, dia sibuk nak anak. Tapi tak pandai jaga anak. Merosakkan generasi akan datang. Semoga golongan macam ni dijauhi daripada terjangkit dalam keluarga aku. 

Post a Comment

3 Comments

  1. Aihhh terasa naik angin pulak baca kalau orang buang sampah macam tu je.

    ReplyDelete
  2. sama laa macam yg merokok
    suka2 dia je buang puntung merata2...
    rs nak sumbat je puntung tu dlm lubang hidung dia!!!

    ReplyDelete
  3. SS selalu nampak masyarakat begini di kawasan kediaman SS. Entahlah...kadang tu masalah sivik macam ni kita tak larat nak cegah.

    Ada satu hari tu sebelum naik lift seorang budak sekolah rendah dah puas minum setin air, ditinggalnya tin depan lift. SS habis cegil dah mata tunjuk kutip balik tin tu, dia menyengih macam kerang busuk. Haih...kecewalah. Semoga kita semua dijauhi daripada masyarakat dan komuniti begini.

    ReplyDelete