Dalam beberapa hari ni, tak larat betul nak taip entri. Aku ingatkan sebab musim panas. Jadi badan mudah lesu.
Kisahnya pasal bisul penyebab demam. Mulanya ada seketul nanah muncul atas bibir. Kecik je. Aku biarkan lah. Sebab jewarat macam tu memang dah biasa naik.
Jerawat makin besar
Beberapa hari lepas, jerawat tu makin besar tapi tak pecah. Dan timbul pulak jewarat lain sebelah tu. Aku dah agak. Mesti bisul.
Sakitnya bukan kat bahagian atas bibir tu je, tapi sampai kepala pun sakit. Mungkin sebab sakit bisul ni, aku terus demam.
Nanah terkumpul
Aku saspek banyak nanah yang terkumpul dalam tu. Sampaikan bibir aku bengkak. Kalau orang tengok, mesti ingat aku kena sengat dek tebuan. 😑
Nak picit bisul tu bagi keluar nanah, sakit. Lagi-lagi bila kena bulu misai yang tajam. Pedih. Tak sanggup nak terus picit.
Nak tak nak, kena pergi klinik. Kena makan antibiotik. Kalau tak, makin teruk lah jadinya nanti.
Pergi klinik jumpa doktor
Kat klinik, lepas cek, memang sah bisul. Doktor bagi paracetamol, ubat radang, ubat sapu dan ubat antibiotik.
Hari pertama makan ubat, masih terasa lagi sakit kat atas bibir. Bila sakit, aku makan paracetamol dan ubat radang.
Ambil masa 4 hari
Hari kedua, nanah bisul tu banyak keluar dengan sendirinya. Masa sujud, aku perasan ada cecair keluar. Ingatkan hidung berdarah. Rupanya nanah pakej sekali dengan darah keluar dari tempat bisul.
Hari ketiga, nanah dah tak banyak keluar. Sikit je. Bahagian bisul tu pun dah surut bengkaknya. Aku sapu ubat kat bahagian luka tu.
Hari keempat, bengkak dah surut. Nanah pun dah tak keluar. Cuma ada kesan lubang tempat nanah bisul keluar sebelum ni. Aku sapu ubat krim kat situ supaya luka tertutup.
Setakat ni, aku dah habis makan ubat antibiotik. Doktor bagi ubat telan tu untuk seminggu. Kena habiskan walau bisul dah takde. Risau nanti naik balik. 😥
1 Comments
Allahuakbar. Mesti sakit sangat tu sampai boleh demam. Semoga cepat baik dan luka cepat sembuh. Aamiin..
ReplyDelete