Marigold x Ejen Ali 2025. Dapat bekas makanan free pulak.


Aku jarang minum air susu Marigold. Tapi kalau ada promo menarik macam ni, aku beli. Tahun lepas Marigold pernah buat promo Ejen Ali jugak. Waktu tu kalau beli air susu, dapat seketul Kiub Rubix Ejen Ali.


Tahun ni, sempena filem kedua Ejen Ali, diorang buat promo bagi free bekas makanan. Ada 3 kesemuanya. Ada design Ali, Alicia dan Satria.



Nak dapatkan seketul bekas makanan tu, kena buat pembelian at least RM16. Mahal sudah. Dulu zaman Rubix, hanya buat pembelian 2 kotak air susu UHT. Sekarang, kena beli 3 kotak. Sebab sini sekotak air susu tu RM5.99. Nak cukupkan RM16, kena lah beli 3 kotak.

Ada 4 perisa. Aku cari perisa strawberi. Takde pulak. Aku cari kat semua kawasan air susu UHT. Takde jugak. Kata staff dan cashier situ, mungkin habis stok. Entah lah aku. Mungkin cawangan ni tak masuk kot perisa strwberi tu. 😌






Maka, beli lah aku 9 kotak. Kes nak dapatkan ketiga-tiga design bekas makanan tu. Nasib baik air susu Marigold ni sedap. Kalau tak, mau berbulan baru mampu aku habiskan. 😭

Post a Comment

2 Comments

  1. Tak pernah minum susu Marigold ni. Wah, banyak juga ye collaboration Ejen Ali ni. Mesti ramai orang yang minat nak membeli sebab dapat bekas comel tu.

    ReplyDelete
  2. pandai dorang colab dgn susu UHT & dpt bekas makanan cmni mmg budak2 nak hehe

    ReplyDelete