Sebelum ni diorang ada inform yang Beg Kanvas dalam proses tebusan walaupun aku redeem dalam waktu yang sama dengan item lain. Jadi, beg tu diorang hold dulu.
Aku ingatkan lambat lagi sampai. Rupanya beberapa jam lepas diorang hantar mesej tu, Ninja Van pun datang bagi barang tu. Aku saspek Gardenia hantar mesej bila barang tu out of delivery. Nak alert peserta mungkin.
![]() |
Gambar depan beg. |
![]() |
Gambar belakang beg. |
Beg ni boleh tahan besar. Saiznya 38 cm x 40 cm. Sesuai sangat nak letak buku, laptop atau bawak study. Nak letak barang shopping pun boleh. Tapi sayang lah kan. Beg cun dan eksklusif macam ni guna macam tu. 😅
![]() |
Sticker ni aku dapat sebelum ni. |
![]() |
Yang ni Beg Eko Serbaguna. |
Maka dengan sampainya Beg Kanvas ni, lengkap sudah semua barang tebusan yang ada dalam promo Gardenia x Ejen Ali. Ada 4 kesemuanya: Sticker 2 jenis, Beg Eko Serbaguna dan Beg Kanvas.
Promo ni masih lagi berlangsung. Sampai 31 Julai. Untuk yang berminat nak kumpul koleksi terhad ni, masih ada peluang. 😄
20 Comments
lawa-lawa.
ReplyDeleteKann. 😁
DeleteWah, Dato' G-Joe pun ada. Seronoklah dah dapat kumpul semuanya.
ReplyDeleteAda. Syukur dapat semua set ni.
DeleteLaju....saya baru nampak iklan dekat TV
ReplyDeleteIklan kat TV tu lambat. Promo dah lama tapi baru masuk TV. 😂
DeleteKalau beg exclusive dan limited edition sayang pula nak pakai... kena keluarkan sekali sekala je tu.
ReplyDeleteBetul. Sayang pulak. Dah lah takde jual kat kedai. 😥
Deletecantikkk
ReplyDelete😄
Deletewow napa akak tak nampak ek iklan dia huhuhu
ReplyDeleteSaya tengok masa masuk kedai runcit. Tu pun sebab ada banner promo ni. Kalau tak, sampai sudah tak tahu.
Deletewahhhhhh masih berlansung ye?
ReplyDeleteMasih. Sampai bulan ni je.
DeleteBaru tahu ada promo ini..
ReplyDeleteMasih sempat kalau nak join.
DeleteUishhh menarik nya... Cute jer.. ☺️
ReplyDelete😆
DeleteTahniah, BK, dapat kumpul lengkap koleksi promo Gardenia dan Ejen Ali. Lawa, beg canvas.
ReplyDeleteTerima kasih. 😃
Delete