Pagi-pagi lagi aku pergi ke ZUS. Kes nak dapatkan patung plushie yang ZUS bagi percuma tiap-tiap minggu selama 6 minggu. Tak boleh order delivery. Kena pick up.
Minggu pertama dan kedua, aku tak sempat merasa. Stok habis hari kedua. Maka, minggu ketiga ni, aku gigih lah sikit pergi awal.
Aku bukan nak kumpul pun. Dapat seketul pun cukup lah. Asal ada untuk promo kali ni. Nak beli semua, macam membazir pulak. Sebab plushie ni jenis blind box. Tak tahu design apa dalam tu.
ZUS ada jual set lengkap dalam Shopee dan TikTok. Kos untuk dapatkan kesemua patung tu ada dalam RM100 lebih. Peminat setia ZUS mesti beli punya. Tak payah susah-susah beli air kat cawangan. 😄
Beli air matcha dan air coklat
Sebab nak dapatkan patung plushie tu dan capai RM25, aku terpaksa beli 2 ketul air. Satu Matcha Lemonade dan satu lagi Iced Salted Caramel Chocolate. Aku beli guna app dan pick up kat kedai.
Lepas beli, ada staff situ bagitau. Rupanya kalau nak dapatkan patung plushie tu, boleh je beli mana-mana menu kat kedai tu. Tak semestinya air. Menu lain macam karipap atau pasta pun boleh. 😭
Dah beli. Nak buat macam mana kan? Minum je lah air tu sampai habis. Aku beli air matcha sebab nak try sedap ke tak. Ni first time aku beli air matcha ZUS.
Rasa air matcha ni versi gabungan lemonade. Nak kata kelat, takde lah kelat pun. Banyak rasa masam dan manis. Aku pernah minum air matcha Aik Cheong. Gitu lah rasanya cuma ada tambahan air lemon.
Air coklat karamel pulak aku dah pernah minum sebelum ni. Saja order lagi. Sedap dan pekat walaupun banyak ais dalam tu. Coklat yang diorang guna ni best. Cuma karamel dalam tu tak terasa sangat.
22 Comments
Ohhh, macam tu ke nak dapatkan plushie.. selama ni cuma ingat kena beli..
ReplyDeleteMacam gitu lah. Tapi cepat je habis. Barang panas.
Deleteda tak pasal kena beli dua air, kembung minum air, tapi takpe leh je simpan dlm peti di minum nanti-nanti. vico pun ada contest dpt pepatung gitu, tapi kita tak rajin la nak collect bagai.
ReplyDeleteSaya minum terus. Minum separuh. Pastu campur kedua-dua perisa. Jadi matcha coklat. 😄
DeleteVico macam payah nak dapat. Kena hantar borang apa entah. Terpaksa lupakan sebab leceh.
haha anak kak ana ada dapat juga kumpul plushie Zus ni.. comel-comel kan BK
ReplyDeleteBetul. Saya ni rasanya dapat seketul ni pun dah cukup. 😂
DeleteYeay!!! Sbb tu la MA isnin pagi je terus beli takut habis... 😅 Anak bujang offer nak beli 1 set tapi x nak sbb nak feel bila buka blind box tu...
ReplyDeleteKalau peminat tegar, pasti beli set terus. Semua dapat. Saya pun lebih suka dapat seketul-seketul. Lagi seronok.
DeleteRezeki BK akhirnya dapat juga kan. Rezeki tak salah alamat. Tak sia-sia pergi awal. Dah boleh buat koleksi plushie pulak lepas ni beli setiap minggu.
ReplyDeleteAlhamdulillah. Kalau ada bajet lebih, macam tu lah. Beli buat koleksi.
DeleteTeringin nak beli tapi kang takut kecewa bila staf kata "maaf stok dah habis"... =_=" kang moody seharian. btw jemput singgah https://syazwantahir.blogspot.com/
ReplyDeleteKena pergi hari pertama. Bukak je kedai terus beli. Confirm ada banyak stok. 😆
Deleteteringin juga nak beli tp tu lah bila pegi je sorry dah out of stock :(
ReplyDeleteKena pergi awal pagi hari pertama. Kalau tak, risiko habis tu sangat tinggi.
Deleteada 3 hari lg untuk direbut tu
ReplyDeleteBetul dah tu. 🤣
DeleteWah, dapat juga, ye. Baru perasan juga, boleh beli online, keenam-enam plushies. Tudia la, yang minat, boleh la.
ReplyDeleteNasib baik saya bukan peminat tegar. Kalau tak, terus borong set.
Deletelaaaa.... jenuh juga nak abeskan 2 gelas air sekaligus... mujur lain² flavour. Kalau tau dari awal bolehlah beli makanan lain.
ReplyDeleteMasa staff inform tu, rasa kecewa jugak lah. Sebab saya terliur tengok karipap dan pasta kat situ. 😭
DeleteMenarik pulak tgh plushie buddy tu.. tak tahu kewujudannya.. kalau tau mesti dah pepagi buta serang zuss utk dpt kan .. tapi betul la nak kumpul semua byk pulak.. dpt satu dua pun jadi la 😅
ReplyDeletePatung ni cepat habis. Stok yang masuk tak banyak. Diorang guna jurus siapa cepat dia dapat gitu.
Delete