Masa cuti Tahun Baru Cina, aku ada singgah 7e. Plan nak cari komik Gempakstarz yang lama-lama. Kot-kot 7e masih jual. Sebab cari dalam Shopee dan website dah takde stok.
Masa pergi kat kawasan rak Gempakstarz, nampak dari jauh Pek Spesel Lawak Kampus 42 dah masuk. Kata staff, stok tu baru je sampai. Exited jugak waktu tengok tu. Komik tu kemas tersusun. Rasanya belum ada customer yang beli.
Tapi aku tak beli pun. Sebab aku dah beli versi Popular. Kartun kat baju bagi aku, lagi lawa berbanding versi 7e. Komik versi biasa aku dah beli masa pelancaran online hari tu. Best sebab dapat autograf pelukis Lawak Kampus, Keith.
Tak silap aku, setiap pek, warna pun tak sama. Popular warna merah, 7e warna hijau dan MPH (kalau masih ada sekarang) warna ungu. Dulu harga RM38 seketul. Sekarang makin naik jadi RM45. Terasa amat mahal untuk dapatkan sehelai baju.
Musykil aku. Lawak Kampus ni kategori seram ke? |
Kalau collector atau kipas-susah-mati, aku yakin diorang akan beli kedua-dua Pek Spesel ni untuk buat koleksi. Limited edition. Hanya dihasilkan sekali je. Lepas habis stok, habis lah ia. Aku tak mampu nak beli dua-dua. Cukup lah satu untuk disimpan buat kenangan.
4 Comments
lama tak dengar istilah kipas susah mati tu. kalau orang tak layan komik Gempak Starz selalu tak faham
ReplyDeleteBetul. Dulu macam-macam term yang komik wujudkan. "Trimas" pun ada sekali. 😅
Deletedah lama x baca lawak kampus
ReplyDeleteAda masa boleh baca. Komik strip kejap je boleh khatam.
Delete