Siri Impian Juara oleh Zayu Hisham.


Lama sudah aku tak layan baca buku atau novel kanak-kanak. Kalau baca novel, selalunya baca novel remaja atau young adults. Bukan apa, tak banyak cerita yang menarik minat aku untuk terus membaca novel kanak-kanak.

Tapi berlainan pulak dengan novel dari penulis Zayu Hisham ni. Novel yang diberi nama Impian Juara yang jugak merupakan novel pertama yang dihasilkan beliau. Novel ni dah lama diterbitkan. Tahun 2010.

Novel Impian Juara ada 3 siri iaitu:
  • Impian Juara
  • Impian Juara 2
  • Impian Juara 3

Novel pertama dan ke-2 merupakan kisah bersambung. Novel ke-3 cerita baru, takde kaitan dengan novel sebelumnya walaupun tajuk yang sama.

Impian Juara dan Impian Juara 2 menceritakan pasal Imran, murid sekolah rendah yang minat dalam sukan pingpong. Imran ni pemain yang hebat yang dilatih oleh jurulatihnya iaitu Ustaz Asmizi dan Ustaz Zikry (Impian Juara) dan Adam Lee (Impian Juara 2). Kesungguhan Imran dalam mengharungi pahit maung kehidupan untuk capai impian dia.

Impian Juara: Dari Hero Menjadi Zero


Bagi aku, aku suka baca novel pertama setakat ni. Aku suka baca kisah Ustaz Zikry yang bawak anak-anak buah dia bercuti kat kampung dia di Terengganu. Sebab nak latih anak-anak buah dia dari segi mental dan fizikal. Dalam masa sama, banyak diceritakan tempat-tempat menarik yang ada kat Terengganu.

Jarang nak jumpa novel Melayu yang ada watak lelaki sebagai watak utama kan? Kalau novel cinta, mesti watak perempuan. Kalau ada pun, tak banyak. Nisbah watak perempuan lagi banyak berbanding lelaki. Sebab tu aku suka baca siri novel Impian Juara. Boleh tengok kisah yang dari perspektif watak lelaki.

Impian Juara 2: Selagi Ada Kemahuan


Impian Juara 2 (tahun terbit: 2011) pulak merupakan kesinambungan kisah Impian Juara. Jujurnya, aku kurang suka dengan plot novel sekuel ni. Dari awal sampai akhir macam cerita tak related. Awalnya diceritakan konflik Imran dengan datuk dia. Imran merajuk dan memberontak sebab datuk dia nak kahwin. Imran ni yang memang membesar dengan datuk dia, rasa insecure sebab nanti kena berkongsi kasih dengan bakal nenek baru dia. Beberapa bab jugak konflik ni berlangsung.

Yang jadi pelik, in the end, bukan kisah datuk dia yang jadi klimaks novel ni tapi kejadian Imran diculik waktu hari pertandingan pingpong yang seakan isu penting. Bagi aku, kalau takde scene culik tu, aku rasa novel ni mungkin akan jadi lebih baik. Atau mungkin boleh buat datuk Imran sebenarnya tengah sakit dan sebab tu datuk dia berkeras nak kahwin. Supaya ada orang yang boleh tengok-tengokkan Imran nanti.

Entah lah. Walaupun aku lebih suka novel pertama tapi novel ke-2 ni masih lagi berada dalam list cerita favourite aku. Bukan yang terbaik tapi bukan teruk.

Impian Juara 3: Libasan Sang Putera


Novel-3 dan terakhir iaitu Impian Juara 3 (tahun terbit: 2014) bukan kisah kesinambungan novel sebelum ni. Kisah 100% baru dan pasal sepak takraw. Aku tak tahu kenapa penulis hasilkan cerita baru dan tak sambung je terus kisah Imran dengan pongpong.

Impian Juara 3 aku tak sempat baca lagi. Kesnya aku ingatkan kisah Imran. Rupanya cerita lain. Jadi, aku hold dulu untuk baca. Nanti ada masa, lepas aku dah habis baca novel tu, akan aku update kat sini.

Novel Impian Juara dah tak jual kat pasaran. Kalau ada pun, yang pre-loved punya. Hanya novel ke-2 dan ke-3 yang masih dijual lagi. Bagi aku, untuk bacaan ringan dan nak selami kisah kehidupan dari perspektif watak lelaki, sangat recommended untuk baca novel ni. Walaupun dikategorikan sebagai novel kanak-kanak, tapi jalan cerita setanding dengan novel remaja dan young adults yang ada kat pasaran.

Post a Comment

4 Comments