Pengalaman parcel Shopee sangkut kat stesen U10 sorting centre.


Alkisahnya aku ada beli buku kat Shopee. Buku klasik gitu yang payah nak jumpa kat kedai sekarang ni. Gigih cari dalam Shopee dan poof! Jumpa buku yang aku nak. Jadi, aku pun beli lah dengan yakinnya.

Aku order dari 29 Disember 2021. Seller pos esoknya dan tunggu punya tunggu, barang aku tak sampai lagi 7 Januari 2022. Lain macam lama delivery. Tengok-tengok, sangkut kat U10 dari 1 Januari lagi. Seminggu sangkut. Lepas tu takde jejak.

Apa kena buat?

Aku pun call Shopee customer service 03-27779222 dan ikut lah arahan operator atau mesin yang akan bawak ke person in charge. Aku inform dia yang barang aku sangkut kat U10. Entah kat mana U10 tu pun aku tak tahu. Mungkin pusat utama barang dikumpul sebelum diagihkan ke serata negeri terlibat.

Staff tu mintak tracking number untuk check dalam sistem. Katanya barang aku tu berkemungkinan sangkut kat U10 atau stesen kat negeri aku ni tak update dalam sistem. Apo? Solusinya, staff tu cakap dia akan buat satu surat untuk diberikan kepada stesen yang terlibat supaya cepatkan penghantaran barang aku tu.


Dan petang semalam, 8 Januari, barang aku sampai. Lega. Dalam keadaan baik. Aku pasti kalau aku tak call Shopee, barang aku mungkin tak sampai-sampai lagi. Misteri sebab apa sangkut masih belum terjawab. Banjir? Tak. Staff Shopee cakap takde kes lagi setakat ni. Mungkin hanya terlepas pandang.

Post a Comment

16 Comments

  1. Alamak bahaya juga. Ingat sangkut sebab kawasan banjir.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mulanya ingat banjir jugak. Tapi staff tu cakap bukan pulak.

      Delete
  2. Saya punya parcel pun sangkut kat u10 jugak. 6 hari hampir seminggu jugak dok situ. Mungkin sebab banjir dorang hold. Harini baru dapat notification parcel out for delivery. harap sampai dengan selamat. Bagus jugak tindakan BK call customer service tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kes risau sebab tak pernah jadi macam ni. Stuck kat tempat sama. Beberapa barang jadi macam ni jugak.

      Delete
  3. Baru2 ni barang ccl pun sangkut juga . , xpasti barang tu dtg dri courier mana ..hampir sebulan lebih ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya kalau seminggu tak sampai, memang saya call. Risau diorang terlepas pandang. Lagi-lagi barang nipis atau kecil.

      Delete
  4. Tercicir agaknya.. Lama betul baru dia bergerak.. Tu pun sebab telefon.. Kalau tak, agaknya belum sampai lagi kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Sebab risau lama sangat. Nasib baik dapat jugak walaupun lama makan masa.

      Delete
  5. Memang rare buku tu. Nasib baik sampai

    ReplyDelete
  6. Barang saya hilang kat Simpang Ampat hub.
    Pada mulanya dia kata rerouting kemudian lepas 2 minggu, saya terima notis mengatakan barang saya tidak dapat dikesan.
    Lepas tu dia suruh saya bagi excellent thumbs-up untuk layanan yang bagus kononnya🤣

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hilang tu lah yang sakit. Dah tunggu lama. Tengok-tengok, barang hilang tanpa jejak.

      Dalam kes ni, bagi saya, tak perlu thumbs up pun. Sebab bad experience kata orang. 😆

      Delete
  7. barang saya dah 16 hari sangkut kat u10, buat report kat pihak shopee dah 12 kali, last sampai hari ni xsampai2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena claim dengan Shopee. Part ni melibatkan kurier. Kalau kurier hilangkan barang customer/seller, akan dapat semula refund.

      Tapi yang tak best bila itu lah stok last yang ada. 😌

      Delete
  8. Kena call siapa klau brg sangkut di u10 sorting centre?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Customer service. Guna nombor phone yang saya bagi kat dalam entri.

      Delete