Seller Shopee tak tahu asas customer service?


Bila ada barang rare ataupun barang tu stok terakhir, aku akan chat terlebih dulu dengan seller. Untuk tanya ada lagi stok atau untuk request pack barang tu dengan selamat. Dan selalunya, seller akan balas dengan penuh tawadhu dan sopan. Lagi-lagi kalau seller tu jual barang-barang pre-loved macam buku atau komik. Niat di hati nak bagi clear rak buku katanya.

Tapi ada jugak seller yang aku kategorikan sebagai seller yang sangat rude atau kurang ajar. Dari awal chat sampai akhir, tak terbayang kesopanan dalam berinteraksi dengan customer. Nak kata ayat yang diorang guna tu sempoi tak jugak. Lebih kepada kurang ajar. Seolah-olah tak tahu apa makna customer service.


Pernah live chat dengan customer service Shopee? Perasan layanan diorang macam mana? Sangat tip top. Ayat yang diorang guna pun padu. Even diorang tak mampu nak selesaikan masalah, tetap akan cari solusi. Bukan tinggalkan atau defend diri seolah-olah diorang tahu semua benda.

Berbalik kepada seller amatur Shopee, aku sangat tak suka dengan segelintir seller tu. Lagi-lagi seller yang suka jual barang pre-loved dengan harga tak masuk akal. Kat situ lah boleh tahu perangai seller tu macam mana. Selalunya diorang lebih sombong dan mampu buatkan customer macam aku ni jadi peminta sedekah. Aku pulak yang nak kena cakap elok-elok dan merayu bagai kat diorang.

Jalan penyelesaian?


Bila jadi macam ni, aku 200% akan report kat Shopee. Dalam senarai report tu, ada kategori yang boleh pilih. Dalam kes ni, aku akan pilih Offensive chat messages/images/videos. Baru diorang tahu mana tanah tempat sepatutnya diorang berpijak. Dan tak silap aku, kalau seller tu terima beberapa kali aduan, berkemungkinan akaun seller tu akan ditutup terus oleh Shopee.


Aku pernah kerja retail. Aku tahu ayat apa yang boleh digunakan dan ayat apa yang dilarang sama sekali. Aku pasti kalau seller tu kerja kat kedai fizikal dan cakap macam tu kat customer, makan kaki lah jawabnya. Mau kena maki berjemaah nanti.

Tu tak termasuk lagi seller yang tak bukak chat. Aku pernah order barang dan request seller kat ruangan chat. Aku order buku dan mintak seller cellotape kat bucu-bucu lepas siap wrap dengan bubble wrap. Supaya bucu tak kemik atau rosak masa delivery. Tapi seller acah dah siap pack dan dalam proses nak kirim ke kurier. Tiber.

At least pagi tu atau sebelum 12 tengah hari, baca lah chat. Mana tau ada customer yang nak tanya atau nak request something untuk dihantar sekali. Ni tak. Acah terpaling busy ibarat order yang diterima tu berjuta tiap-tiap hari.

Harapnya, kalau ada seller Shopee atau mana-mana seller sekalipun yang baca entri aku ni, mohon sangat-sangat belajar pasal customer service. Belajar macam mana nak berkomunikasi dengan customer dengan baik. Belajar macam mana nak handle bermacam-macam perangai customer. Bukan duk mengadap phone 24 jam sambil menunggu order masuk. Buat sesuatu yang boleh improve diri sendiri ke arah kebaikan. Maklumat di hujung jari. Berlambak info pasal customer service kat internet, YouTube dsb. Cuma rajin atau malas je.

Post a Comment

6 Comments

  1. setujuuuu, haritu beli spare battery laptop, seller ni bijak sangat takde letak bubble wrap and fragile sticker macam kita ni beli bantal yang tak kisah dicampak-campak haihhh mmg refund lah jawabnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah jugak terima barang macam tu. Beli printer. Tapi takde bubble wrap. Paling sadis, tak ditampal sticker fragile langsung. Bila bukak, kaca printer pecah. Satu hal kena pergi pejabat pos buat return. 🙄

      Delete
  2. saya setuju sebab pernah keje retail jugak, so senang naik angin kalau customer service kureng. seller kena ambil tahu kan basic skill, or at least learn to be polite. orang meniaga kau pun nak meniaga. haih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Layanan kepada customer tu penting. Lagi-lagi Shopee atau Lazada. Platform yang gah. Tapi masih ada seller yang tangkap muat.

      Delete
  3. Paling tak suka seller reply chat seketul-seketul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada jugak macam tu. Kita tanya sepatah, dijawab sepatah. Macam acuh tak acuh nak menjual. 😌

      Delete