Telefilem Seteguh Karang di TV6.


Sesiapa yang bersekolah menengah awal tahun 2000, mesti akan ingat novel Seteguh Karang yang pernah dijadikan novel komsas Tingkatan 5. Dan tahun 2005, Seteguh Karang karya Tuan Faridah Syed Abdullah diangkat ke kaca TV sebagai telefilem.

Aku pernah tengok cerita ni dalam tahun 2005. Tapi ingat-ingat lupa. Yang pasti, jalan cerita tu aku tahu sebab waktu tu kakak aku Tingkatan 5. Dan aku pernah baca novel komsas dia. Petang tadi sempat tengok Seteguh Karang kat TV6. Main dari pukul 1.30 petang sampai 3.30 petang. 

Sinopsis


Seteguh Karang versi telefilem sama macam novel. Kisah seorang gadis cekal, Awanis yang kehilangan kedua ibu bapa tersayang dalam kemalangan. Kini, dia tinggal bersama dua orang adik-beradiknya iaitu kakaknya, Kak Mai (Maisara) dan adiknya, Anita dan selalu dijenguk oleh bapa saudara dia, Pak Ngah.


Kematian kedua ibu bapanya memberi tamparan besar kepada kakaknya, Kak Mai. Kak Mai masih lagi rasa cukup bersalah dengan kehilangan tu. Sampai jadi depression. Walaupun Awanis acap kali beri nasihat, namun semuanya tak diendahkan.

Ulasanspoiler alert


Konflik pertama bermula bila Kak Mai menggila dan salahkan adik dia, Anita atas kematian ibu bapa mereka. Kata Kak Mai, Anita pembawa sial dalam keluarga. Malam tu, rahsia terbongkar bila Kak Mai terlepas cakap yang Anita bukan adik kandung dia.


Konflik kedua, Anita yang sedih dan tak boleh terima kenyataan kakak dia, terus geledah almari untuk cari bukti yang menyatakan dia anak angkat. Anita terjumpa surat dalam laci yang menyatakan bahawa dia merupakan anak angkat keluarga tu dan jugak anak kandung pasangan suami isteri berbangsa Cina.

Berpandukan surat tu, Anita ajak Awanis pergi cari ibu bapa kandung dia. Tapi kehadiran semula dia dalam keluarga kandung dia tak dialu-alukan. Ayah kandung dia tuduh yang Anita bawak sial dan sebab tu lah dia bagi anak kandung dia sendiri kepada orang lain.


Konflik ketiga berlaku bila Awanis buat latihan praktikal kat ladang kelapa sawit. Awanis ni pelajar ITM Cawangan Perlis dan ambil kursus Diploma Pengurusan Ladang. Kat ladang, dia tak disenangi oleh penyelia dia disebabkan dia perempuan. Kata penyelia dia, intern perempuan lembik. Semua kerja tak boleh buat. Tapi Awanis yang sememangnya cekal dan berani, pertahankan diri dia.


Hari pertama dia dah kena melawat ladang. Awanis disuruh naik motor buruk masuk ladang. Dalam ladang pulak, penyelia dia tak sudah perlekehkan dia. Tapi Awanis tetap tak berganjak untuk buktikan yang perempuan pun mampu buat kerja berat macam lelaki.

Konflik keempat bermula bila Anita yang tertekan disebabkan tak diterima ayah kandung sendiri. Pak Ngah pergi jumpa sendiri ayah kandung dia dan dari situ lah ayah kandung Anita bukak mata hati yang sememangnya tertutup selama ni.


Akhirnya, semua konflik selesai. Kak Mai mampu terima kehilangan ibu bapa dia. Awanis dipuji oleh penyelia dia disebabkan kecekalan dia kat ladang. Ayah Anita mula sedar dan terima semula Anita.

Ulasan jujur


Jujurnya, cerita versi telefilem ni agak meleret-leret. Hampir setengah jam duk cerita intro Awanis kat tempat praktikal. Kalau dalam novel, banyak benda yang Awanis buat. Siap ada babak pekerja ladang yang kena patuk ular lagi.

Lagi satu, kalau dalam novel, boleh rasai keakraban Awanis dan Wan Asri, pekerja kat pejabat ladang tu. Aku bayangkan Wan Asri ni jenis yang matang, ambil berat dan alert dalam semua perkara. Tapi versi telefilem, Wan Asri macam pak lawak pulak. Ropie Cecupak rupanya yang jadi watak Wan Asri. Boleh bayangkan macam mana karakter tu? Jauh beza dari novel. Mungkin nak hasilkan unsur humor dalam telefilem ni. Takde lah stress memanjang tengok babak Kak Mai.


Kisah konflik keluarga Awanis bagi aku, elok je. Boleh faham dari awal sampai akihr. Plot pasal tu pun takde lah meleret-leret yang mampu mengundang kebosanan jiwa raga. Ibarat permulaan yang bertemu pengakhiran dalam keadaan yang sempurna.

Lagi satu, Kak Mai dalam telefilem ni terlalu berfalsafah. Tersusun elok kata-kata dia walaupun dia tengah depressed. Scene awal sampai lah scene akhir. Aku tengok tetiba rasa nak tergelak. Anita pulak, memang lah dia teringin nak jumpa keluarga kandung dia. Tapi peliknya, dia tak rasa kekok pulak masa pertama kali jumpa diorang. Ibarat dah lama kenal.

Lepas ni aku tak pasti TV6 akan tayang lagi ke tak telefilem ni. Kalau ada, sangat recommended untuk ditonton. Bukan selalu novel komsas dijadikan telefilem, filem atau drama. Walaupun penggunaan bahasa yang agak baku, tapi masih masuk akal sebab dulu pernah tayang kat TV1 atau TV2. Stesen TV tu dulu kan ada syarat tertentu buat pelakon.

Post a Comment

4 Comments

  1. Macam pelik je bila orang depressed boleh berfalsafah dan elok susunan kata dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Saya tengok part Kak Mai, auto tergelak. Kalah Awanis. 😂

      Delete
  2. Rasa macam pernah tengok. Saya dulu belajar novel Konserto Terakhir. Suka baca Seteguh Karang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Konserto Terakhir tak masuk tempat saya. Belum pernah baca full novel. Baca sinopsis je. Menarik jugak cerita tu.

      Delete