Pengalaman beli buku di Kinokuniya. Lengkap set Trilogi Cinta.


Tak sangka terjebak jugak aku shopping di Kinokuniya. Selama ni mampu godek-godek website je. Ye lah. Ingatkan Kinokuniya ni kedai buku orang have-have. Maklum lah, kedai fizikalnya tersegam indah kat dalam KLCC. Kedai yang dapat masuk KLCC, harus lah terbaik kan? Tak gitu? Rupanya bukan. Nampak mahal sebab banyak buku import dari luar negara. Buku import bukannya harga murah-murah.

Aku bukak website Kinonuniya pun kes nak kumpul set novel Trilogi Cinta dari Sharifah Abu Salem:
  • Tak Seindah Mimpi
  • Tak Semanis Impian
  • Tiada Lagi Mimpi

Ketiga-tiga novel ni pernah diadaptasi menjadi drama Trilogi Cinta yang ditayangkan kat TV1 masa tahun 2011. Antara drama Melayu favourite aku. Tak clichΓ© dan tak bosan. Masa ni belum wujud lagi drama anak orang kaya bisnes berjuta-juta. Boleh katakan antara drama penyumbang kepada lambakan drama adaptasi novel masa kini.


Ringkasnya, novel-novel ni kisah pasal gadis kampung, Norjinah yang kerja kat bandar sebagai orang gaji. Dalam tak sedar, dia jatuh cinta dengan majikan dia, Razif yang rumah tangganya sedang bergolak dek kecurangan isteri dia, Salmi. Bila setel masalah rumah tangga ni, muncul pulak adik tiri Norjinah iaitu Norseha yang kononnya sukakan jugak si Razif tu. Semak betul dia ni. 😀

Tapi satu novel je yang tak lengkap iaitu Tiada Lagi Mimpi. Jenuh mencari serata website tapi semua tak jual yang baru. Kalau ada pun yang pre-loved punya. Nasib baik masa godek-godek page Kinokuniya, diorang ada jual lagi novel Tiada lagi Mimpi.


Sebelum ni aku tak pernah beli buku kat website Kinokuniya sebab aku ingatkan buku-buku yang dijual tu pesen Carousell. Ada buku baru dan pre-loved. Rupanya bukan. Kinokuniya ni sama jugak macam MPH dan Popular. Jual buku baru dan terkini. Kalau yang lama pun, tak banyak. Lagipun aku tahu pasal Kinokuniya sebab dulu banyak komik Jepun aka manga import yang diorang jual.


Cara nak beli buku? Sama je macam mana-mana kedai buku online. Sign up, masukkan item dalam troli dan check out untuk buat pembayaran. Aku bayar pakai debit card. Takde pembayaran biasa yang guna CIMB Clicks, Maybank2u atau seangkatan dengannya. Aku tak pasti kenapa diorang tak buat macam tu dalam era yang serba canggih ni. Even Shopee pun siap boleh bayar kat 7e lagi. Mudah kan?

Ketiga-tiga novel ni aku tak pernah baca sebelum ni. Yang aku pernah beli dan baca pun novel terakhir siri Trilogi Cinta iaitu Yang Indah Hanya Mimpi. Gigih kumpul duit beli kat Popular zaman dulu. Satu-satunya novel cinta yang aku baca sampai habis. Novel komsas zaman sekolah pun aku banyak skip. Tak pernah baca sampai habis. πŸ˜…

Post a Comment

6 Comments

  1. Boleh isi masa lapang dgn membaca . Ccl pun dh lama xbeli novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Tapi kadang tak sempat baca walaupun dah beli. πŸ˜‚

      Delete
  2. Owh.. buku ini trilogi rupanya.. Sha ada baca tapi tak ingat yang mana.. ingatkan stand alone..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Ada satu lagi buku terakhir. Tajuknya Yang Indah Hanya Mimpi. Novel yang dibuat berdasarkan drama Trilogi Cinta 2.

      Delete