ดอกฟ้า Dok Fah - LABANOON. Cinta ibarat sekuntum bunga mekar sementara.


Menggunakan tajuk ดอกฟ้า (Dok Fah) yang bermaksud Blue Blossom atau Bunga Seri Pagi (?) dalam BM. Antara lagu dari negara Thai yang mampu merentap hati dan perasaan. Sebenarnya aku tak pasti Dok Fah tu maksud tepatnya apa bila diterjemahkan ke dalam BI atau BM. Sebab kalau tengok MV, bunga tu bukan warna biru, tapi warna putih.


Lagu dari band LABANOON yang berjaya catat views yang tinggi melebihi 77 juta sejak 7 Januari 2021. Mulanya aku tengok MV lain. Tapi YouTube recommended pulak MV Dok Fah ni. Dan paling tak sangka, dalam MV tu, ada Weir Sukollawat yang jadi salah satu watak utama.


Video ni ada dua: Short film dan official MV. Versi short film terlebih dulu ada kat YouTube. Lepas aku gigih buat kajian sikit kat internet, nama lagu ni (Dok Fah) dijadikan tajuk sebab kisah yang ada dalam MV. Bunga yang ada dalam MV tu dijadikan sebagai simbolik kisah percintaan dalam MV ni.

Kisah pasal pasangan yang jatuh cinta tapi tak boleh bersama. Sebab perbezaan status. Perempuan tu anak orang kaya tapi pekak dan bisu. Ayah perempuan tu nak kahwinkan anak dia dengan lelaki yang sesuai dan setaraf tapi ditolak mentah-mentah bila orang tu tahu yang perempuan tu pekak dan bisu.


Mujur ada sorang lelaki ni (Weir) yang merupakan pembantu rumah orang kaya tu. Weir yang saksikan perempuan tu ditolak mentah-mentah. Satu hari, disebabkan kesian, dia bagi seketul wisel kat perempuan tu. Bila perempuan tu ada masalah, tiup wisel dan Weir akan datang.


Mula dari situ lah diorang berdua ni makin rapat. Tapi kantoi. Ayah perempuan tu bantah hubungan diorang. Sebab Weir kan tak setaraf dengan golongan kaya tu. Bila ayah perempuan tu tahu, dia pecat Weir dan terus cari anak orang kaya untuk kahwin dengan anak dia tu. 

Plot twist

Masa awal MV, Weir naik bas ke Phuket sebab nak datang ke majlis kahwin perempuan tu. Katanya hubungan dia dengan perempuan tu macam adik-beradik. Ada satu scene, perempuan tu bagi wisel kat Weir dan tanya sama ada Wei ingat ke tak wisel tu. Tapi Weir tak ingat pun.


Kat sini aku pelik. Dan sepatutnya ada satu malam tu, diorang berdua plan nak lari dari situ. Perempuan tu tak sanggup kahwin dengan lelaki pilihan ayah dia.

Bila tengok masa sekarang, apa yang berlaku? Weir kemalangan ke? Sampai hilang ingatan? Sebab seolah-olah dia tak ingat apa-apa pasal percintaan diorang berdua. Lagi satu, kisah percintaan diorang tu tahun 1950, yakni 70 tahun lepas. Maksudnya 2020 ni kelahiran diorang semula ke apa? Misteri betul.


Rupanya tak. Malam waktu diorang nak lari rumah tu, Weir datang. Tapi dia tak jadi lari. Mungkin dia sedar yang dia hanya orang biasa yang bukan setaraf dengan perempuan tu. Lagi satu, mungkin dia harap perempuan tu cari lelaki yang lebih baik dari dia.


In the end, Weir datang majlis kahwin perempuan tu. Jadi best man. Perempuan tu sampai sekarang tak tahu yang Weir masih ingat. Bukan lupa. Jadinya, Weir makan dalam. Walaupun dia cintakan perempuan tu, tapi dia terpkasa lepaskan demi kebahagiaan dan kesenangan perempuan tu nanti. Sama macam bunga seri pagi. Indah dan bahagianya sekejap je. Berlalu masa, hilang lah keindahan tu.

Tapi masih menjadi misteri. Aku saspek cerita ni ada dua sela masa yang berbeza. Satu tahun 1950 dan satu lagi tahun 2020. Sebab perempuan tu ada bagi wisel kat Weir. Kata dia, wisel tu dia jumpa kat kedai antik. Mungkin diorang ni kelahiran semula kot. Entah. Tak diterangkan secara terperinci. Tapi macam tu lah kot gamaknya.

Post a Comment

0 Comments