Komik Aliff dalam 7 Dimensi.


Sekian lama aku mencari komik ni. Akhirnya dapat jua. Excited bukan kepalang. Dulu-dulu masa komik ni diterbitkan, tak sempat nak beli. Lagipun waktu tu aku dah slow-slow tinggalkan dunia komik. Dan beberapa bulan lepas, masa tengok filem Aliff dalam 7 Dimensi kat Astro, tetiba terfikir nak cari semula komik ni.

Tajuk: Aliff dalam 7 Dimensi
Karya: Tadatada
Harga: RM12.00 / RM13.00 (SS)
ISBN: 9789673857227
Muka surat: 150
Tarikh terbit: April 2016
Penerbit: Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd

Komik ni prekuel filem. Maksudnya, plot dalam komik ni merupakan kisah awal sebelum plot dalam filem. Komik terbitan Gempakstarz tahun 2016. Dengar cerita, bilangan komik yang dicetak ni limited. Untung lah siapa yang sempat beli tahun tu.


Sekarang kalau cari kat kedai, memang mustahil akan jumpa. Kalau ada pun, mesti kedai tu dah simpan semula kat stor. Selalunya tarikh expired jualan buku adalah selama 3 tahun je. Lepas tu, sama ada buku dipulangkan semula kepada publisher atau kedai taruk dalam stor. Komik ni, aku beli yang pre-loved. Harga boleh tahan. Memang tak sama lah dengan harga asal. Sebab payah nak jumpa komik ni sekarang.

Ulasanspoiler alert


Komik Aliff dalam 7 Dimensi ni menceritakan pasal Aliff, seorang pelajar sekolah yang tinggal kat asrama. Dia ada kelebihan yang luar biasa iaitu mampu tengok makhluk ghaib dengan mata kasar. Sebab? Ada saka yang temani dia. Kebolehan yang Aliff ada, saka tu lah yang salurkan. Dengan menggunakan kelebihan tu, dia bantu orang sekeliling dia daripada diganggu oleh hantu atau jin yang cuba buat kacau.


Aku suka baca komik ni sebab team yang cipta cerita ni seoalah-olah cuba ubah mindset pembaca mengenai saka. Bila sebut saka, selalunya akan merujuk kepada sesuatu yang seram, misteri dan menakutkan kan? Tapi bila baca komik ni (atau tengok filem), terasa hilang perasaan takut kat makhluk tu.



Majalah sebelah kiri tu Gempak. Cover Aliff dalam 7 Dimensi. Dalam Gempak isu 392 tu ada info lanjut pasal komik Aliff ni. 4 muka surat. Satu-satunya majalah yang buat coverage pasal komik Aliff dalam 7 Dimensi. Ada info pasal cetusan idea komik Aliff ni, siapa yang terlibat dan ada sikit info pasal filem Aliff.

Komik ni karya Tadatada, salah seorang pelukis dari Gempakstarz. Aku suka dengan stail lukisan dia. Kemas dan sejuk mata memandang. Paling best, komik ni 100% berwarna. Jadi, pengalaman membaca tu makin menarik dan senang nak tahu keadaan karakter dan persekitaran.

Post a Comment

4 Comments

  1. kalau x silap mama ada movie kan cerita ni

    ReplyDelete
  2. Dulu² rajin juga baca komik.. Tapi lebih kepada komik seperti Gila-Gila, Ujang dan sebagainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik Ujang dan seangkatan dengannya memang famous dulu-dulu. Generasi sekarang suka baca komik pesen gini pulak.

      Delete