Perisa baru 2022: Mamee Monster perisa lada hitam.


Hari tu aku ada scroll kedai Mamee kat Lazada. Tak sangka ada produk baru iaitu Mamee Monster perisa lada hitam. Apa lagi, terus check out sebab nak cuba rasa macam mana. Kalau perisa lada hitam, jarang tak best.


Dalam masa beberapa hari, kotak bungkusan yang aku order pun sampai kat rumah. Beli beberapa ketul produk baru yang lain sebab nak dapatkan free shipping. Lazada ni yang bestnya, setiap hari ada voucher free shipping RM12. Bila dah guna voucher untuk hari ni, esok dan hari seterusnya ada lagi.


Harga bundle Mamee Monster ni RM6.29 untk dua paket besar. Dalam satu paket besar ni pulak ada 8 ketul paket kecil. Murah jugak lah kalau nak banding dengan kedai runcit atau pasar raya.

Mi nampak macam mi yang sama dengan perisa lain macam mi untuk perisa ayam dan BBQ. Yang lainnya, perencah tu. Perencah lada hitam. Sedap? Menjadi jugak lah. Memang terasa pedas lada hitam dan ada elemen Mamee Monster kat situ. Boleh jadi jajan favourite kot lepas ni.

Post a Comment

4 Comments

  1. Kat rumah ni kalau beli mamee memang banyak.. Anak-anak yang suka makan.. Perisa ni pun tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Favourite budak-budak ni. Laku keras bila jual kat kedai.

      Delete