Komik Puteri Durian. Naskhah yang terlupakan.


Aku mula kenal Komik Puteri Durian tahun 2004. Waktu tu aku singgah kedai buku lepas balik sekolah. Kedai buku ni lah tempat yang selalu aku cari buku terbaru Gempak, Starz, Kreko atau Arena Komik.

Kat salah satu rak, terperasan pulak ada komik kecik. Komik Puteri Durian isu 2 dan 3 tak silap aku. Harga RM2.50 seketul. Aku ambil dan belek. Menarik tapi tak terasa nak beli. Sebab bagi aku, komik ni nampak kebudak-budakan sangat kartunnya.

Lepas seminggu, aku singgah lagi kedai buku tu. Komik Puteri Durian yang aku belek ada lagi. Takde orang beli ke? Harga komik tu murah apa. Sampaikan kulit komik tu hampir lusuh kena cahaya matahari.

Aku ada duit lebih waktu tu. Aku terus beli. Balik rumah, aku baca. Menarik. Walaupun kartunnya lebih kepada kanak-kanak, tapi jalan ceritanya bersifat matang. Bagi aku, remaja pun sesuai untuk baca Komik Puteri Durian.








Lepas tu, setiap kali keluaran baru, aku akan beli. Tapi sempat beli beberapa keluaran je. Kedai buku tu macam dah tak order komik baru. Aku pernah pergi hari-hari kedai tu lepas balik sekolah, takde jugak. Tak terfikir pulak aku nak tanya sendiri owner kedai buku tu pasal ni.

Waktu tu boleh je nak order direct dengan company komik ni. Tapi aku tak pernah order buku. Plus takde keinginan pulak nak buat macam tu.

Makanya, aku tak tahu kisah selanjutnya. Apa yang berlaku kat Puteri Durian lepas tu. Kedai mana yang ada jual komik ni pun aku tak tahu. Seolah-olah semangat aku hilang lepas kedai buku tu tak jual dah komik ni.

Even sekarang pun aku cari kat pelusuk Internet, takde yang jual. Kalau ada pun, hanya versi Bahasa Cina. Versi BM takde. Aku contact syarikat penerbitan pun katanya takde stok. Sebab dah lama.

Aku sanggup beli kalau ada sesiapa yang masih simpan. Sebab buku ni betul-betul nostalgic bagi aku. Komik ni banyak info yang berguna. Bukan sekadar komik yang dibaca untuk isi masa lapang.

Sinopsis


Kisah budak perempuan berambut pacak, Puteri Durian yang mempunyai kuasa sakti.  Menggunakan kuasa yang ada, dia banyak berikan pertolongan dan selesaikan masalah yang berlaku.

Ulasan


Komik ni kecik dan nipis je. Tapi penuh dengan informasi. Selain komik, ada beberapa muka surat yang dijadikan slot informasi, cara melukis, kuiz dan jugak pertandingan mewarna.


Paling best, komik ni disertakan sekali dengan free gift. Ada poskad, sticker, alat tulis, kipas dan macam-macam. Company yang buat komik ni memang tak kedekut. Lagipun, waktu tu, mana-mana company komik atau majalah berlumba-lumba bagi free gift. Mungkin marketing untuk tarik perhatian customer supaya beli produk diorang.

Pernah sekali masa ada lawatan sambil belajar, sempat lah singgah kat Giant. Masuk kedai buku kat dalam tu, ternampak pulak Komik Puteri Durian. Apa lagi, terus aku beli sebijik.



Bagus pelukis komik ni (James Lu). Dia memartabatkan buah durian. Selalunya orang tak suka durian sebab bau busuk. Tapi bila dah makan, baru terasa sedapnya buat tu. James Lu implement semua tu dalam watak Puteri Durian. Don't judge a book by its cover.

Komik Puteri Durian versi Bahasa Cina


Aku tak tahu berapa keluaran komik ni dalam BM. Serius aku tak tahu. Aku ada tanya company komik ni. Tapi diorang pun tak tahu berapa. Kot-kot lah ada rekod tersimpan kat mana-mana.

Selain komik BM, ada jugak Komik Puteri Durian dalam Bahasa Cina. Aku tahu kewujudan versi Bahasa Cina dalam tahun 2009. Tu pun masa dah masuk belajar tempat jauh. Waktu tu keluar outing. Singgah kedai buku Cina. Niat nak beli perkakas alat tulis. Terperasan pulak ada Komik Puteri Durian versi Bahasa Cina. Tapi aku tak beli. Kalau pandai Mandarin, dah lama aku beli.


Sekarang, disebabkan takde Komik Puteri Durian versi BM, aku pun mula kumpul versi Bahasa Cina. Rupanya Komik Puteri Durian dah sampai isu ke-108. Gila babas banyak. Tak sangka pulak cerita Puteri Durian sebanyak tu.

Ada jugak beberapa buah komik kompilasi yang diterbitkan. Tapi hanya ada versi Bahasa Cina. Sesuai untuk collectors atau peminat yang tak sempat nak beli komik sebelum ni.



Sekarang pun aku masih mencari Komik Puteri Durian. Masih ada beberapa isu yang belum lengkap. Setakat aku tengok iklan atau kedai-kedai online, belum jumpa lagi isu yang aku nak. Harap sesiapa yang masih ada Komik Puteri Durian dan nak jual dengan harga mampu milik, boleh lah contact aku.

Post a Comment

10 Comments

  1. tak pernah terjumpa atau terbaca sebab bukan peminat komik...sekarang je byk komik kat rumah...sbb anak anak suka baca

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komik ni jarang dijumpai. Macam harta karun pun ada.

      Delete
  2. Replies
    1. Memang Wak. Dalam blog pun takde bloggers yang buat entri pasal komik ni.

      Delete
  3. Dah cari dekat facebook, kolektor komik. kekadang ada komik yang rare macam ini,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde jugak. Puas cari. Mungkin pembaca komik ni tak simpan.

      Delete
  4. tak pernah pulak baca. lagipun saya bukan minat komik sangat. harap berjumpa la Puteri Durian

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Betul. Sebab tu nak sangat kumpul jilid siri ni sampai habis.

      Delete