Choki Choki Upin Ipin.


Lepas kelibat Choki Choki Doraemon mula menghilang persis debu-debu berterbangan, kali ni Choki Choki kembali dengan versi Upin Ipin. 3 perisa sama dikekalkan iaitu Chocolate, Chococashew dan Chocomilk.



Masih guna konsep yang sama iaitu Argumented Reality (AR) atau dalam BM, realiti terimbuh. Maksudnya, gambar yang ada dalam kad akan bergerak (animasi) bila tengok melalui phone.


Dalam setiap pek single Choki Choki ni ada 5 batang coklat dan 2 kad AR Upin Ipin. Boleh download app AR Upin Ipin kat Google Play Store.


Gameplay


  1. Mini games



Selain main kumpul dan scan kad AR, Upin & Ipin Playfield ni ada beberapa mini games. Menarik. Setiap mini games ni ada kat rumah karakter dalam Upin Ipin.

  1. Kedai runcit


Uncle Muthu yang jaga kedai runcit ni. Dalam ni, ada dua jenis benda yang boleh dibeli: energy & booster dan jugak costume. Bila kerap kali main mini games, energy (simbol Choki Choki) akan berkurang. Jadi, untuk tambah energy dengan cepat, boleh lah beli kat kedai runcit ni.


Kalau nak tukar pakaian karakter pun boleh. Mata wang yang digunakan adalah dalam bentuk guli. Kena main banyak mini games baru dapat kumpul guli ni banyak-banyak dan boleh redeem pakaian baru karakter.

  1. Daily task dan achievement


Pemain boleh jugak kumpul guli bila dah complete setiap task dan achievement. Daily task ni akan renew setiap hari. Jadi, mudah untuk dapatkan guli nanti.

Tapi tak tahu pulak aku kenapa tiba-tiba Choki Choki buat versi Upin Ipin? Ada filem terbaru Upin Ipin yang bakal tayang ke? Atau sekadar nak promote animasi tempatan?

Post a Comment

6 Comments

  1. Choki2 ni husband yg suka makan macam budak2 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Sambil tengok TV sambil sedut Choki Choki. 😄

      Delete
  2. Manalah tau kan ada filem baru. Harap best macam Keris Siamang Tunggal. Menarik jugak collab diorang ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin. Harap ada lah produk baru yang diorang buat nanti.

      Delete
  3. choki choki ni memang kegemaran anak anak... tapi kadang bukan nak makan sangat.. nak kan kad dalam peket tu je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Menggila nak kumpul kad buat koleksi.

      Delete