Comic Fiesta 2022. Nak masuk booth Gempakstarz.

 Update: 18 Disember 2022


Menangis lagi. Aku sebenarnya tak kisah pun tak dapat pergi Comic Fiesta. Sebab aku bukan lah peminat tegar komik. Tapi aku kecewa sebab kali ni, Gempakstarz banyak tawarkan harga yang cukup menarik dalam booth diorang.

Comic Fiesta 2022 berlangsung selama dua hari kat Kuala Lumpur Convention Centre bermula hari ni, 17 Disember 2022 dan tamat esok. Kat sini, artis-artis dan syarikat-syarikat komik jual macam-macam produk rare (dan penghabisan stok) diorang.

Booth Gempakstarz. Lagi besar daripada booth masa PBAKL.

Novel ringan terbaru sempena anime Suzume no Tojimari.

Ada beberapa barang yang aku nak sangat beli kat booth Gempakstarz. Antaranya novel ringan Suzume. Novel ni pertama kali dijual kat Comic Fiesta bermula hari ni. Platform online belum masuk lagi. Kalau beli kat booth ni, bukan je dapat harga murah, tapi dapat jugak door hanger yang boleh dijadikan penanda buku. Item yang sangat rare.

Lawak Kampus 45 Edisi Spesel.

Selain tu, aku nak sangat beli komik terbaru Keith iaitu Lawak Kampus 45. Kat sini, bukan je boleh dibeli dengan harga murah, tapi Lawak Kampus 45 ni sangat istimewa: datang dengan dua cover yang berbeza (variant cover). Ni kali pertama Lawak Kampus buat variant cover macam ni. Mohon dibuat untuk event macam ni je. Kang tak pepasal perabis duit pulak bila setiap jilid ada variant cover. 😄



Macam biasa, setiap kali Gempakstarz buat event, diorang akan adakan sesi autograf pelukis komik. Waktu ni, memang sentiasa akan nampak barisan kipas-susah-mati yang sangat panjang. Beratur tunggu giliran untuk dapatkan autograf pelukis kesayangan. Dan kalau dapat pelukis yang sporting, boleh selfie bersama.

Keith bersama komik terbarunya.

Zint pun ada sekali.

Kaoru dengan komik Siri Putera.

Nishiki yang tekun melukis buat peminat tersayang.

Kalau sesi autograf pelukis komik, aku tak excited sangat. Sebab aku tak suka buku atau komik aku diconteng walaupun benda tu autograf pelukis. Bagi aku, biar lah komik aku tu bersih tanpa apa-apa tulisan atau lukisan tambahan.

Katanya, kali ni tiket nak masuk Comic Fiesta kena beli online. Tak dijual masa event. Maksudnya, kena book awal-awal. Kalau tak, memang tak boleh masuk lah.



Harga pun bukan murah tu. RM80 tau. Tu baru tiket masuk. Belum lagi kos barang-barang dan merchandise yang bakal dilaburkan kat sini. Ni kalau tak simpan ratus-ratus, hanya mampu tengok je lah. Tak pun, beli barang yang betul-betul berkenan je. 😅

Post a Comment

4 Comments

  1. Lama jugak tak membaca komik.. Dulu-dulu suka baca buku Gila-gila dan Ujang

    ReplyDelete
  2. belum pernah lagi pergi CF ni. Bestnya banyak komik harga berpatutan. Lawak kampus tu dari dulu sampai sekarang still baca lagi

    ReplyDelete
  3. Wow.. harga jualan yang memang wow sangat.. Tak pernah sampai fiesta macam nie lagi..

    ReplyDelete
  4. saya ada pergi, tapi duduk luar je la enjoy moment cosplayer. nak masuk memang kena ada tiket kan?

    ReplyDelete