FIFA World Cup 2022. Siapa juara?


Mungkin ramai yang dah tahu negara mana yang berjaya menerobos ke pusingan akhir. Tak rasa lama pun penantian. Macam sekejap sangat masa berlalu. Hari ni, cukup sebulan FIFA Piala Dunia 2022 ni berlangsung.

Waktu Qatar tak sama dengan Malaysia: Qatar lewat 5 jam dari Malaysia. Ikut jadual, perlawanan akhir akan bermula ada petang ni, jam 6 petang waktu Qatar. Tapi disebabkan Malaysia awal 5 jam, maka kita rakyat Malaysia boleh tengok bermula jam 11 malam.

Aku takde lah tengok bersungguh Piala Dunia kali ni. Takde geng. Tak syok tengok sorang-sorang. Argentina antara negara yang aku predict akan masuk final tapi bukan Perancis. Tak sangka pulak Perancis berjaya masuk jugak final tahun ni.


Sejak Piala Dunia diperkenalkan tahun 1930, Argentina berjaya masuk final sebanyak 5 kali. Dan berjaya jadi juara sebanyak 2 kali (1978 dan 1986). Walaupun pernah menggondol macam-macam anugerah dan trofi, ni merupakan kali pertama Messi dapat masuk final Piala Dunia sepanjang karier antarabangsa dia yang bermula tahun 2004. Peminat dia pasti bangga betul kan? Lagi-lagi ni penampilan terakhir dia dalam Piala Dunia.

Perancis pulak, walaupun baru 3 kali cecah final, negara Eiffel Tower ni berjaya jadi juara sebanyak 2 kali (tahun 1998 dan 2018). Adakah Perancis mampu pertahankan kejuaraan kali kedua berturut-turut dan jadikannya total 3 kejuaraan? Kali ni, team Perancis pun boleh tahan padu. Nak kata Perancis lagi hebat berbanding Argentina, tak jugak. Tapi yang pasti, team Perancis ni sangat konsisten dalam setiap game. Tak hairan lah kalau diorang kekal jadi juara tahun ni.

Aku sokong siapa? Dua-dua hebat. Dua-dua negara aku nak sokong boleh? Diorang ni kalau bab team work, memang tak boleh disangkal. Kalau tengok game, ibarat diorang dah ada plan A sampai Z. Kalau plan A tak jadi, diorang terus proceed ke plan B dan seterusnya. Tapi in the end, best of the best pasti akan menang. 

Post a Comment

4 Comments

  1. Susah nak predict sebab dua2 hebat. Tapi saya mcm mengharapkan Argentina menang supaya messi boleh bersara dengan gembira utk last game dia.

    ReplyDelete
  2. Happy tengok Argentina menang sebab Messi je. Dah banyak kali gagal dalam Piala Dunia, akhirnya berjaya jugak.

    ReplyDelete