Lori ECO Wheelly versi Merdeka 2025.


Tadi sempat lah aku masuk cuci mata dalam kedai Ecoshop yang berhantu ni. Sekarang diorang tengah pulun masukkan barang baru sempena Merdeka.

Salah satunya, barang kesayangan semua iaitu lori Ecoshop. Macam biasa. Tiap tahun sempena Merdeka, akan muncul lori design baru. Untuk tahun ni, diorang guna tema merah dah putih.



Lawa tak design kali ni? Bagi aku, design tahun ni lain daripada yang lain. Kemas tersusun dan ada style tersendiri walaupun sekali tengok macam kotak pensel warna. 😄



Yang penting, aku dah dapat lori ni. Boleh simpan buat koleksi. Baik beli awal. Kang datang lewat, stok habis kalut cari serata Ecoshop pulak. 😂

Post a Comment

6 Comments

  1. Awal dorang keluarkan lori eco wheelly versi merdeka ni. Bagus juga kan. Dapatlah kumpul awal juga.

    ReplyDelete
  2. wah eco dah top up barang merdeka ke? boleh la ronda weekend ni beli utk deco kelas anak²

    ReplyDelete
  3. Cer susun semua koleksi BK...nak tgk hasil mengumpul tu...banyak dh rasanya...

    ReplyDelete
  4. waahhh awal BK tak kalut ehhehe

    ReplyDelete
  5. Ha ah, macam kotak pensel warna. Awal BK beli ye, hehe..

    ReplyDelete