Misi mencari roti Gardenia perisa durian selesai!


Semalam aku rajinkan diri keluar ke bandar. Singgah kejap dalam Econsave. Benda pertama yang aku nak cari harus lah roti durian.

Tapi sayangnya masa aku usha rak roti kat pintu masuk, roti tu takde. Even perisa strawberi pun takde. Aku tanya staff tepi tu. Katanya driver lori baru lepas ambil keluar roti expired. Nanti dia datang bawak roti baru.


Katanya jugak, hari tu ada roti durian. Setiap hari Khamis dan hari apa entah, roti durian masuk. Roti strawberi masuk 2 hari lain. Aku pun tunggu lah driver tu datang sambil pusing satu pasar raya tu.



Tak lama lepas tu, aku tengok dari jauh ada orang topup roti Gardenia. Driver tu dah masuk bawak stok baru. Seketul RM1.20. Aku apa lagi, terus ambil 5 ketul roti durian. Punya lah payah nak dapat.

Personal review


Masa bukak pek, aku expect akan keluar bau durian yang kuat. Tapi tak. Bau sedang-sedang je. Hanya bila krim durian dalam tu muncul, baru lah bau semerbak durian muncul.


Kuat baunya. Sampai kan bila aku hidu krim tu semua, takde bau. Macam hilang sekejap deria bau aku. Mungkin kuat sangat bau durian tu. Risau pulak roti ni kena banned naik public transport nanti. 😂



Aku belah. Isi dalam roti ni warna hijau muda. Rasa roti durian ni aku letak dalam kategori sedap. Roti lembut. Krim durian tu pun sedap dan tak kedekut. Walaupun aku bukan peminat durian, aku tabik lah siapa yang cipta roti durian ni.

Cuma aku berpendapat, tak digalakkan makan roti ni masa kerja, masuk ofis, meeting, sebelum solat atau travel. Nanti mulut bau durian pulak. Kesian member sebelah. 😅

Post a Comment

5 Comments

  1. Setuju dengan review BK. Dalam kereta pun tak boleh buka. Nanti orang lain yang tak makan durian, boleh pening. 🤭

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...akhirnya dapat juga merasa roti durian gardenia yang dicari-cari selama ni. Dia macam durian sebenar juga ek kuat baunya.

    ReplyDelete
  3. Mana-mana tempat ada makanan ni..memang sedap lembut masuk tekak

    ReplyDelete
  4. Janganlah di tempat kerja ada yang beli dan makan pulak dalam ruangan tertutup.. kesian pada mereka yang tak makan durian.

    ReplyDelete