Dapat Beg Tote Merdeka 2025 Ecoshop x Che Sayang.


Semalam aku ke bandar kejap. Nampak Ecoshop, aku masuk. Nak cari tipuware niatnya. Bajet tak lebih RM10. Tapi magic betul. Lebih RM30 melayang. 😭

Lepas jumpa beberapa ketul tipuware yang aku nak, aku pusing lah dalam kedai tu tengok apa yang ada (ini puncanya). Ada berapa promo menarik. Antaranya barang makanan kat sini turun harga kepada RM2.40. Tak kisah jenis apa. Asalkan makanan, semua RM2.40.

Masuk pulak kawasan mainan. Lagi banyak benda menarik. Aku jumpa macam-macam jenis mainan blind box baru. Banyak sangat. Sampaikan tak tahu aku nak beli yang mana.



Sebab tak sanggup nak laburkan duit terlalu banyak, aku ambil lah design koala. Aku beli beberapa ketul. Ada 5 design koala tu. Kalau tak complete, nanti aku plan nak beli lagi. 😅



Selain tu, sempena Merdeka, pembelian at least RM30, dapat tote bag versi Merdeka. Mulanya aku pelik jugak siapa model lelaki pakai apron tu. Aku pun cari lah dalam Internet.



Namanya Che Sayang. Femes kat TikTok. Suka masak-masak. Macam Khairulaming dan Che Nom jugak pesennya. Ecoshop ambil dia jadi duta kali ni.


Disebabkan tote bag ni, aku terpaksa cari barang untuk dapatkan amount at least RM30. Ingat nak beli lain kali. Tapi risau stok beg ni habis pulak. Ye lah. Manusia kalau shopping sini, bukan sikit-sikit. Penuh raga dan troli. 😂

Post a Comment

0 Comments