Bermula 25 Ogos, ada promo Chicky Meal sempena Merdeka tahun ni. Aku excited jugak sebab kali ni, KFC bagi sticker lagi. Tema Merdeka pulak tu.
Aku order guna Foodpanda. Sebab ada voucher diskaun. Free delivery pulak tu. Lagi lah aku nak order. Aku beli set Chicky Meal dan beberapa item lain untuk dapat diskaun off RM14.
Dalam setengah jam, rider sampai. Dia mintak maaf sebab lewat sikit. Aku tak kisah pun. Asalkan makanan aku selamat sampai. 😄
Inilah makanan yang aku order. Set budak-budak. Tapi sebab nak sticker tu, aku beli je lah. Staff sini memang bagus. Dia masukkan sticker tu dalam plastik asing supaya tak basah.
Strawberi mochi tu aku order sebab nak cukupkan harga untuk dapat voucher diskaun. Lagipun, aku tak pernah makan mochi KFC ni. Entah macam mana rasanya.
Dalam kotak tu, ada 2 ketul mochi. Sejuk. Lembut je bila sentuh. Aku tak terus makan. Aku belah mochi tu nak tengok ada apa kat dalam.
Dalam mochi tu ada krim keju dan lelehan sirap strawberi. Sedap jugak rasanya. Walaupun mochi ni pemanis mulut, tapi rasanya elok je. Takde lah manis sangat.
Sticker Merdeka ni pulak ada 2 keping dalam tu. Sekeping yang warna putih tu sticker. Sekeping lagi kertas tebal sebagai background untuk menampal. Menarik.
0 Comments