Roppongi Class kat TV9.


Minggu lepas dah start tayang. Aku baru perasan masa tengok pertengahan episod 1. Takde hujan takde ribut. Tak tahu kenapa tiba-tiba TV9 ulang tayang. 😲





Sebenarnya Roppongi Class dah tayang kat TV3 Disember tahun lepas dan tamat awal tahun ni. Aku memang layan dari mula sampai habis. Sebab best dan jarang betul stesen TV Malaysia tayang drama Jepun.

Tarikh tayangan: Bermula 13 Ogos 2025
Waktu: Isnin - Khamis, 10.30 malam
Siaran TV: TV9

Ulangan kat TV9 ni tayang waktu malam. Yang aku rasa lagi best dan sesuai berbanding belah siang. Entah kenapa. Lagi feel bila tengok drama Jepun waktu malam.

Tapi yang bagusnya, setakat aku tengok, subtitle cerita ni elok. Takde out of sync. Lepas tu, siap ada preview episod seterusnya (TV3 potong bahagian ni). Orang yang in charge drama ni kat TV9 memang alert betul. 👍


Drama ni ada 13 episod je. Malam ni episod 3. Kalau ikut pengiraan aku, 3 September nanti habis lah cerita ni. Sebulan je. Harap lepas ni, TV9 banyakkan tayang drama Jepun pulak.

Post a Comment

0 Comments