Roppongi Class kat TV9.


Minggu lepas dah start tayang. Aku baru perasan masa tengok pertengahan episod 1. Takde hujan takde ribut. Tak tahu kenapa tiba-tiba TV9 ulang tayang. 😲





Sebenarnya Roppongi Class dah tayang kat TV3 Disember tahun lepas dan tamat awal tahun ni. Aku memang layan dari mula sampai habis. Sebab best dan jarang betul stesen TV Malaysia tayang drama Jepun.

Tarikh tayangan: Bermula 13 Ogos 2025
Waktu: Isnin - Khamis, 10.30 malam
Siaran TV: TV9

Ulangan kat TV9 ni tayang waktu malam. Yang aku rasa lagi best dan sesuai berbanding belah siang. Entah kenapa. Lagi feel bila tengok drama Jepun waktu malam.

Antara babak preview untuk episod 4.

Tapi yang bagusnya, setakat aku tengok, subtitle cerita ni elok. Takde out of sync. Lepas tu, siap ada preview episod seterusnya (TV3 potong bahagian ni). Orang yang in charge drama ni kat TV9 memang alert betul. 👍


Drama ni ada 13 episod je. Malam ni episod 3. Kalau ikut pengiraan aku, 3 September nanti habis lah cerita ni. Sebulan je. Harap lepas ni, TV9 banyakkan tayang drama Jepun pulak.

Post a Comment

4 Comments

  1. Rasa dulu macam pernah tenguk tapi sebab dah separuh jalan tak tenguk sampai habis. Geram tenguk bapak samseng tu. Sian hero tu kena aniaya. Kalau tenguk citer buli dalam jdrama dan kdrama teruk sangat kan. Maknanya buli ada dimana-mana saje kalau tak takan ada citer tentang si buli. Pengakhirannya samada si buli insaf atau kecundang. Semuga buli di malaysia jangan ada lagi berlaku sehingga meragut nyawa seperti aruah Zara.

    ReplyDelete
  2. haaa kita ingat masa BK review kat tv3 sebelum ni.
    kita dok tengok Cinderella Closet, Netplik.

    ReplyDelete
  3. Banyak jugak save drama tapi belum tengok hehe.

    ReplyDelete
  4. Lama tak tengok JDrama, asyik Kdrama je. Kalau best ceritanya syoklah tengok. Selamat menonton.

    ReplyDelete