Layan drama Korea Extraordinary You kat TV2.


Tiap-tiap minggu aku tak pernah missed tengok cerita Extraordinary You kat TV2. Aku tengok pun sebab ada Kim Hye Yoon, watak utama drama Lovely Runner yang pernah tayang kat TVS beberapa bulan lepas.


Aku buat research sikit. Extraordinary You ni takde lah popular sangat kat Korea masa ditayangkan. Rating average gitu. Tapi kebanyakan international fans suka cerita ni. Sebab ada konsep yang fresh dan lain dari tipikal drama Korea.


Extraordinary You asalnya dari webtoon (komik digital) Korea. Tajuk asal July Found by Chance oleh penulisnya, Moo Ryu. Kisahnya pasal pelajar perempuan yang sedar dia rupanya hidup dalam dunia komik sebagai watak tambahan (extra). Dia cuba ubah plot cerita hidup dia tapi terpaksa hadap kisah yang ditetapkan oleh penulis.




Masa aku layan awal-awal, cerita ni lucu je. Bila masuk part tengah, terus sedih. Bayangkan perempuan tu dah berjaya ubah plot lepas tempuh halangan berduri tapi ada harga yang dia kena bayar pulak lepas tu.

Tarikh tayangan: Bermula 17 Julai 2025
Waktu: Rabu & Khamis, 8.00 malam
Siaran TV: TV2

Sekarang ni dah minggu akhir. Esok episod 16. Episod last. Harapnya ada lah happy ending buat dia. Kalau tak, memang aku menyampah lah dengan penulis drama ni. 🙄

Post a Comment

1 Comments