Lama sudah aku redeem bekas pensel ni. Baru sekarang sempat nak buat entri. Bukan sibuk sangat pun. Bila terlepas nak buat, maka malas mula singgah. 😅
Bulan September hari tu aku beli beberapa ketul susu UHT Marigold kat pasar raya. Aku tak selalu minum susu. Tapi bila ada promo macam ni, aku join jugak.
Kiranya tahun ni 2 kali Marigold buat promo Ejen Ali. Tengah tahun diorang bagi bekas makanan. Kali ni, bekas pensel.
Bila beli susu RM16, dapat seketul bekas pensel Ejen Ali. Marigold buat promo ni sempena filem kedua Ejen Ali hari tu. Ada 3 design dan warna: merah, kuning dan biru.
Aku beli air kotak kecik. Sebab yang besar takde stok. Susu ni cepat sold out. Bukan sebab ramai yang nak redeem free gift tapi sebab susu Marigold antara yang murah dan selalu ada promo berbanding susu-susu lain.
Masa aku singgah lagi pasar raya tu, bekas pensel ada banyak lagi kat kaunter customer service. Walaupun promo dah tamat tapi customer boleh redeem sampai lah stok bekas pensel tu habis.




1 Comments
Alaaa...comel je
ReplyDelete