Pensyarah aku macam mana? Baik ke tak?


Isu pensyarah yang kecam golongan B40 masih lagi panas walapun berita bertukar arah kepada isu Yasin dan KWSP. Mungkin ramai yang dah tahu pasal video yang viral tu. Aku malas nak ulas pasal tu. Biar lah diorang yang selesaikan sendiri masalah dalaman.

Pensyarah aku baik?


Yup. Majoriti pensyarah aku baik. Sama ada zaman matrik mahupun zaman universiti. Paling best, zaman matrik. Semua pensyarah yang ajar aku, baik-baik belaka. Ada yang lemah lembut, ada yang sangat tegas sampai nak ponteng kelas pun takut.

Pensyarah matrik aku, aku kira, antara tenaga pengajar yang sangat terbaik. Diorang mengajar bukan je nak bagi ilmu kat pelajar, tapi jugak nak bagi pelajar tu faham 100% apa yang diajar. Sampai sanggup buat kelas tambahan waktu weekend untuk pastikan pelajar faham. Sebab ada pelajar yang skip kelas biasa kes terpaksa join aktiviti luar macam koko dan pertandingan lain.

Pensyarah aku jahat?


Bila masuk zaman uni, boleh rasa situasi dah berubah. Pensyarah tak kisah kau faham apa yang diorang ajar dalam kelas ke tak. Kau kan dah besar panjang. Diorang expect kau boleh bawak diri. Asalkan kuiz, test, assignment dan exam kau dapat markah yang elok. Kalau semua tu tak elok, benda ni akan gugat kredibiliti diorang sebagai pensyarah kat sana.

Ada yang baik. Jenis mak-mak dan kakak-kakak pun ada. Siap belanja kitorang makan masa ada lawatan industri. Ada jugak yang sangat cerewet dan kasar. Sampai sanggup maki pelajar bila pelajar salah buat report dsb. Aku ingat lagi sorang pensyarah ni yang suka maki pelajar. Kitorang satu kelas tak dapat buat report ikut expectation dia. Lepas tu, dia masuk dalam kelas, tak bagi salam, terus maki kiorang dalam bahasa omputih. 😌

Waktu tu bukan zaman viral walaupun smartphone dah meriah. Takde makna nak rakam pensyarah yang keji dan kecam kaw-kaw dalam kelas. Semua redha dan terima kesalahan sebab niat nak timba ilmu. Asalkan jangan gagal sudah. Dan mungkin doa kitorang dimakbulkan. Semester seterusnya, pensyarah tu ditukar ke uni lain. Kalau tak, terpaksa jumpa lagi dengan dia dalam semester lain.

Bila masuk alam universiti, macam-macam ragam pensyarah yang aku jumpa. Bagi aku, sepanjang aku belajar 4 tahun, aku anggap segala makian dan cacian yang diberikan tu sebagai salah satu pembakar semangat untuk aku maju ke depan. Mulut orang kita tak boleh nak tutup kan? Kalau dia tak cakap depan-depan, mungkin dia boleh cakap kat belakang.

Post a Comment

6 Comments

  1. So far masa saya belajar dulu, pensyarah semuanya ok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung ada pensyarah elok. Nak belajar pun senang hati.

      Delete
  2. Nak marah okay je.. Tambah bila pelajar buat salah tapi hinaan dan cacian tu tak patut.. Dekat tempat saya kerja dulu pun ada je pensyarah yang garang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Majoriti pensyarah baik. Cuma ada yang tak best macam tu lah. Mulut takde insurans. Nak ditegur, siapa lah kita kan?

      Delete
  3. pensyarah boleh marah , boleh tegur ,tapi jangan la sampai menghina student2 .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin uni saya pelajarnya dah kental mental. Pensyarah mencarut pun kami tak heran. 😂

      Delete