COD voucher Shopee dah takde?


Minggu lepas aku perasan kat bahagian Cash on Delivery (COD), dah takde baucar yang Shopee bagi. Sepatutnya ada dua jenis baucar COD yang Shopee bagi percuma. Satu setiap hari Rabu dan satu lagi setiap bulan.

Hilang dari radar


Tapi minggu lepas, baucar-baucar tu dah hilang dari radar. Aku chat dengan Shopee pasal ni. Beberapa kali. Staff diorang pun tak tahu sebab apa hilang.

Selalunya, kalau user dah guna baucar COD, baucar tu sepatutnya tak hilang. Akan tetap ada kat ruang COD tu sebagai indicator untuk bagitau baucar tu dah digunakan atau belum atau dah habis ditebus, macam gambar kat bawah ni yang sempat aku screenshot bulan lepas.

Dua jenis baucar COD.

Tiap-tiap bulan, aku akan guna baucar COD ni. Sebab baucar ni special. Boleh beli barang even harganya 10 sen. Takde minimum pembelian.

Aku tak tahu lah sama ada ni sekadar masalah app Shopee atau Shopee dah buang keistimewaan ni. Lepas satu, satu benda yang Shopee tarik. Lepas ni, tak tahu apa lagi yang dibuangnya. πŸ˜”

Post a Comment

4 Comments

  1. Replies
    1. Itu lah. Terasa sakit di hati dia main macam ni. πŸ™„

      Delete
  2. Haih tulah.. Tak macm masa mula-mula dulu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Lagi-lagi waktu PKP. Macam-macam baucar dan diskaun.

      Delete