Pesta buku PBAKL 2022 dah bermula. Nak pergi jugak lah!


Maka, dengan rasminya, satu pesta buku yang dinanti-nantikan oleh pencinta buku iaitu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL), dibuka untuk orang ramai bermula hari ni.

Tarikh: 3 Jun 2022 - 12 Jun 2022
Masa: 10 pagi - 10 malam
Tempat: Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL)

Banyak. Banyak sangat syarikat yang ambil bahagian dalam pesta buku ni yang jual buku ilmiah, novel, komik, majalah semua ada. Tapi tak tahu bila boleh pergi. Antara booth yang aku nak sangat singgah adalah:

Reruai Item
Kadokawa Gempak Starz Sdn Bhd Komik + merchandise
Moy Publication Komik + merchandise
PTS Media Group Komik + majalah
Iman Publications Komik + buku ilmiah
Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd Novel
Penerbitan Karyaseni Novel
Dubook Press Novel
Penerbitan Pelangi Sdn Bhd Komik + buku ilmiah
Sasbadi Sdn Bhd Komik + buku ilmiah
Galeri Ilmu Novel + buku ilmiah

Katanya banyak sales yang diorang buat. Ada sampai 90% diskaun. Kalau tengok apa yang diorang post dalam page FB, harga memang cun. Lagi murah dari biasa.


Moga sempat ke sana walaupun jauh. Belum pernah lagi aku ke pesta buku besar macam ni. Masa zaman sekolah je pernah pergi pesta buku. Tu pun yang kecik.

Post a Comment

10 Comments

  1. Lepas pandemik, semua macam buat besar-besaran.
    Hehe harap awak dapat pergi. Saya pernah pergi. Tips pergi awal pagi tidak ramai lagi orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin. Teringin nak pergi. Terima kasih bagi tips. Kena pergi awal ni.

      Delete
  2. semoga dapat pergi. kalau jumpa tegurlah

    ReplyDelete
  3. nak pergi juga! tapi skarang tengah 'peak' time utk submit assignment hehe, tapi tetap nak curi masa kesana. belum pernah merasa pergi ke PBAKL ni... teringin sangat!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Jarang nak ada event macam ni. Lagi-lagi lepas dua tahun menyepi.

      Delete
  4. Pernahlah pergi satu masa dahulu tapi sekarang ini nak pergi kena fikir banyak kali..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa tu? Sebab sesak dengan orang ramai?

      Saya pun risau jugak. Ada yang tak pakai mask. Even sesetengah author pun sama join tak pakai mask sebab nak tunjuk muka masa bergambar. 😌

      Delete
  5. belum berkesempatan lagi nak pergi pesta buku ni

    ReplyDelete