Choki Choki Doraemon datang lagi! Kali ni versi Pek Meriah.


Promo Choki Chok Upin Ipin belum habis lagi, tup tup muncul pulak Choki Choki Doraemon. Mainan percuma bukannya kad macam sebelum ni, tapi figurine dan beberapa mainan lain.


Aku perasan Choki Choki ni masa masuk Mydin. Digantung kat tiang. Tersorok dari pandangan ruang utama kat situ. Kalau orang nak naik tangga ke tingkat atas atau nak beli megi, akan perasan. Kalau tak, memang tersidai lah Doraemon dan Nobita kat situ.

RM5.30 tu harga keropok ikan, bukan Choki Choki.

Harga sepaket ni RM2 lebih. Tak ingat dah berapa. Aku gigih pergi scan harga sebab diorang tak letak harga kat situ. Mungkin sebab baru lagi. Tak sempat diorang nak print harga kot.

Choki Choki Doraemon Pek Meriah ni tak silap aku sama je macam versi Indonesia iaitu Choki Choki Doraemon Surprise Pack. Diorang tukar 'Surprise' kepada 'Meriah' bila masuk Malaysia.

Dalam pek ni, diberi seketul figurine atau penutup pensel. Dan dalam tu jugak ada 2 keping sticker AR karakter Doraemon. Alah. Sticker AR yang diorang promo dulu tu. Mungkin ada banyak stok. Sebab tu diorang masukkan sekali sticker tu dalam pek baru ni.


Seronok pulak bila dapat kumpul mainan Doraemon. Maklum lah, masa kecik dulu takde mainan macam ni walaupun Doraemon tengah glamour. Kalau ada pun, mesti mainan mahal-mahal. Choki Choki ni walaupun murah, tapi bukan senang nak kumpul semua mainan karakter Doraemon tu. Mungkin kena beli satu carton baru dapat semua kot. 😆

Post a Comment

3 Comments

  1. Wah.. lama tak ber choki choki ni. Terus terbayang makan choki choki sambil baca novel.

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat figurine tuuuuuuu

    ReplyDelete
  3. wah siap daapt figura doremon tu , best,,baru ni ccl ada beli juga dapat sticker sizuka

    ReplyDelete