Tertipu dengan promo Free Shipping No Minimum Spend Big Bad Wolf.


Bermula 8 Ogos 2022 sehingga 15 Ogos 2022, website Big Bad Wolf yang dah lama menyepi, adakan promo sempena Hari Merdeka. Ada beberapa deals dan diskaun yang diorang bagi.



Malang nasib. Punya lah aku excited nak borong buku. Sebab free shipping kan? Tapi Tipah tertipu! Rupanya free shipping tu hanya lah untuk pembeli dari Sabah dan Sarawak. Kat situ ditulis East Malaysia. Kalau West Malaysia, baru lah Semenanjung Malaysia.

Off RM5 untuk Sabah dan Sarawak sahaja.

Promo BBW kali ni, bagi aku, takde apa yang menarik minat aku. Buku-buku yang aku nak, dah sold out. Buku-buku murah yang ada pun, kurang menarik. Tak macam tahun lepas. Banyak buku best. Mungkin BBW belum buat restock besar-besaran?


Untuk promo kali ni, aku tutup wallet dulu. Tak nak bazir beli buku yang tak perlu. Mana lah tahu kot-kot masa akan datang, ada promo yang lagi best? Baru lah berbaloi untuk borong buku.

Post a Comment

8 Comments