Dapat sampel Nescafé Tarik. Produk terbaru Nescafé.


Bulan lepas, aku ada isi borang online untuk dapatkan sampel Nescafé Tarik ni. Aku bukan penggemar Nescafé 3 in 1 atau Nescafé segera macam ni. Tapi sebab nak tahu rasa Tarik tu macam mana, aku pun isi borang online tu.


Beberapa minggu kemudian, sampai lah parcel dari PosDaftar. Aku dah agak, mesti Nescafé yang sampai. Sebab ada nama Nestlé kat bahagian alamat pengirim. Lagi satu, aku belum pernah order barang guna PosDaftar setakat ni.


Dalam kotak ni, ada dua stik Nescafé Tarik. Dua je lah. Sampel kan. Nak lebih kena beli lain. Tak pun mintak famili isi borang online jugak untuk dapatkan sampel.


Kepekatan tu macam Nescafé lain jugak. Nak pekat likat, taruk full pek. Nak rasa light sikit, jangan taruk habis.

Sedap? Rasa Nescafé Tarik ni macam rasa kombinasi Nescafé original dan perisa hazelnut. Tak terasa pun Tarik macam teh tarik tapi masih dalam kategori sedap.

Post a Comment

3 Comments