Ciri keselamatan terbaru Lazada: Order Received button.


Kalau dulu, bila buyer beli barang kat Lazada dan item tu dah delivered, duit akan terus dibayar kepada seller. Buyer tak boleh hold duit tu dan bila barang yang diterima rosak, buyer hanya boleh request return atau refund.

Sekarang tak lagi. Lazada dah masukkan satu ciri penting yang buatkan buyer macam aku ni rasa lebih selamat untuk shopping. Bila barang dah delivered, buyer diberi tempoh 7 hari untuk klik butang Order Received.



Dan dalam masa 7 hari ni jugak, buyer kena check kondisi barang tu. Cukup ke tak. Rosak ke tak. Kalau barang tu ada masalah, dalam masa 7 hari (non-LazMall) atau 15 hari (LazMall), buyer kena request Return/Refund.


Maksudnya kat sini, jangan sesekali klik butang Order Received sebelum check barang yang diterima. Once dah klik, buyer tak boleh request Return/Refund.

Komik yang aku sempat sambar.

Sama macam Shopee jugak. Jadi, duit tu tak terus masuk ke akaun seller. Sistem macam ni sangat bagus sebenarnya. Bayangkan kalau scammer yang jual barang. Bila kita order tapi barang lain diberinya. Dengan wujudnya butang Order Received, sekurang-kurangnya dapat lah buyer hold duit tu dan contact Lazada kalau kena tipu oleh scammer.

Aku pernah sembang dengan someone yang biasa beli online ni. Mostly seller yang jual barang pre-loved, lebih prefer platform Shopee untuk jual barang diorang berbanding Lazada. Katanya Shopee lebih selamat dari segi transaksi duit.

Bila jadi macam ni, baru aku faham pentingnya sistem macam ni. Seller tak boleh sesuka hati tipu buyer dan buyer pulak, once terima barang yang bermasalah, boleh terus request Return/Refund tanpa takut duit lesap.

Post a Comment

4 Comments

  1. waaa bagus niii, skrg tgh explore apps/website e-commerce lain selain shopee. lazada ni macam tricky je tengok dia punya paparan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Somehow nampak complicated dari Shopee. Tapi bila dah terbiasa, nampak simple je sebenarnya.

      Delete