Smax Cheese Ring Ghost Pepper dari Mamee. Jajan pedas paling sedap abad ini.


Pernah makan jajan Smax masa kecik-kecik dulu? Budak 80-an dan 90-an harus lah pernah merasa kan? Ada perisa ayam dan pedas. Paket hijau dan merah. Dulu beli 20 sen je sepaket. Legend kot. Kalau tak rasa lagi, cuba lah rasa. Pasti akan jatuh hati.

Sekarang, Smax ada hasilkan produk baru iaitu Smax Cheese Ring Ghost Pepper. Jajan seakan Super Ring tapi rasa pedas mencucuk lidah. Sekali kena lidah, terasa kepedasan yang melampau.


Pedas bukan sebarang pedas ya. Sangat pedas. Walaupun pedas, rasa jajan ni sangat sedap. Maksud aku, tahap kepedasan lada tu tak kacau pun rasa kesedapan jajan ni. Mungkin sebab ada rasa keju. Sampaikan aku terus-terusan makan sampai licin satu paket.



Aku beli Smax ni kat Shopee. RM6.99 sepaket. Import dari Indonesia. Setahu aku, Smax ni belum masuk lagi pasaran Malaysia. Mungkin kalau ada permintaan tinggi, Mamee akan bawak jajan ni masuk Malaysia? Siapa tahu kan? Maka, berdoa lah kita semua. Kalau masuk sini, harga mungkin lagi murah. Boleh borong sampai tak ingat dunia. 😆

Post a Comment

6 Comments

  1. Hitam Nye. 🤭
    Tak pernah lagi try.

    ReplyDelete
  2. Ingat brand Super Ring rupanya bukan..
    Hitam tak gigi bila dimakan..? hehe

    ReplyDelete
  3. seram pulak nak makan hitam gitu...

    ReplyDelete
  4. Aku sejak makan megi ghost pepper tak berani lagi nak try jajan lain haha. Pedas sampai nak semput weh

    ReplyDelete
  5. tak pernah makan jajan Smax masa kecil sebab parents strict. haha. sampai ke besar tak suka. tapi ni macam best lak nak try

    ReplyDelete