Mamee Chef Perisa Rendang Legenda featuring Sheila Majid. Pernah cuba?


Pertama, aku tak tahu apa kaitan Sheila Majid dengan rendang. Dia peminat rendang kah sampaikan Mamee jadikan dia duta Mamee Chef? Atau sebab perkataan 'Legenda' yang sama dengan salah satu tajuk lagu dia?

Kedua, ni kali pertama aku jumpa megi perisa rendang. Tak pernah aku bayangkan kewujudan megi rendang.


Sedap? Sesuatu yang subjektif. Ikut tekak aku, takde masalah. Aku boleh telan dan makan sampai habis. Cuma rasa rendang tu tak kuat dan kurang kick. Tak tahu lah aku kot Mamee memang plan nak jadikan rasa light macam ni.

Ketiga, aku kagum dengan keberanian Mamee dalam hasilkan produk baru dengan kombinasi perisa yang agak janggal walaupun sekarang rendang bukan lah sesuatu yang trending atau viral. Nak kata musim raya, dah lama lepas. Tunggu tahun depan pulak.

Tambah sayur dan ayam bagi meriah sikit.

Aku bagi 7 bintang dari 10. Aku suka mi yang Mamee guna ni. Halus tapi sedap. Jimat masa masak sebab tak perlu tunggu lama. Rasa pes yang ada tu, bagi aku, not bad. Walaupun tak kick dengan rasa rendang, tapi masih dalam kategori yang boleh dimakan sampai habis.

Post a Comment

16 Comments

  1. cantik la Sheila Majid dekat packaging tu. Memang lagenda betul. Tak pernah nampak lagi perisa rendang tapi boleh gak nak try nanti. Rajin BK tambah bahan lain dalam maggi tu hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terlebih rajin ni. Kejadian yang jarang berlaku. 😂

      Delete
  2. Belum cuba .takut pula rasanya kalau tak sedap kan . Tapi packaging tu dah menarik

    ReplyDelete
    Replies
    1. Packaging tu memang menarik. Warna pun menyerlah.

      Delete
  3. Ya.. Rasanya sebab beliau ada lagu tajuk Lagenda. Kurang gemar brand Mamee sebenarnya tapi tertarik nak cuba sebab Sheila Majid. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Mi segera Mamee tak banyak yang best. Jarang nak jumpa yang betul-betul best.

      Delete
  4. Menarik ni. Boleh cuba. Sesekali ubah selera. Mana tau ngam dengan tekak.

    ReplyDelete
  5. macam mana ye perisa rendang.. hmm mama tak penah cuba lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ada hawa rendang sikit. Tapi masih tak sama dengan rasa rendang ori.

      Delete
  6. Mamee chef aku suka lontong sedap wo

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lontong pun boleh tahan sedap. Lagi-lagi yang terbaru tu.

      Delete
  7. belum pernah jumpa lagi... nnti kalau ada nk try laa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semua tempat ada lagi. Sebab masih baru kan.

      Delete