Mencuba onigiri AEON x Omar & Hana.


Masuk AEON Big nak cari sikit barang dapur. Lepas setel, singgah bahagian makanan. Ternampak pulak onigiri terbaru yang diorang tengah promote.

Onigiri ni siap ada lagu tau. Boleh tengok dalam YouTube. Catchy betul lagu ni. Sampai terikut-ikut nyanyi sekali.


Kalau masuk bahagian basah kat AEON ni, mesti akan dengar lagu onigiri yang Omar & Hana nyanyi. Aku sampai siap hafal lirik sebab lama sangat duk pilih bawang.

Onigiri kolaborasi AEON Delicatessen dengan siri animasi Omar & Hana ni banyak perisa. Lebih 10 perisa. Dari perisa kacang merah sampai lah perisa kentang. Mungkin nak galakkan kanak-kanak Malaysia makan onigiri. Sebab selalunya, budak-budak jarang makan onigiri. Student, mak bapak budak je yang banyak makan. 😂



Aku sempat beli dua perisa: BBQ dan kacang merah. Bentuknya sama macam mana-mana onigiri. Yang lainnya, perisa. Perisa kacang merah tu sedap. Kacang merah yang diorang guna, menjadi. Tak keras walaupun simpan dalam peti ais.

Kiri BBQ, kanan kacang merah.

BBQ pulak tak silap aku diorang guna isi ayam. Sedap. Tak terlalu over rasa BBQ dalam tu. Secukup rasa. Tapi lepas makan, terasa aroma BBQ melekat dalam mulut.

Portion tu sama saiz dengan onigiri biasa. Mungkin AEON perlu buat onigiri ni dalam saiz budak-budak. Saiz kecik sikit dari biasa. Banyak macam ni, aku tak rasa budak-budak mampu makan sampai habis nasi tu. Tak pun, buat saiz mini. Boleh makan banyak-banyak tanpa cepat kenyang.

Post a Comment

11 Comments

  1. Baru tau kewujudan onigiri omar hana ni. Nampak nau lama x gi Aeon

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Tahu kewujudan ni pun sebab duk dengar lagu kat situ.

      Delete
  2. Macam-macam produk AEON. Itulah lama tidak masuk pasaraya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Lama tak masuk. Bila masuk, memang akan terkejut dengan macam-macam perubahan.

      Delete
  3. biasa masuk Aeon beli okonomiyaki je. dah berkembang pilihan onigiri pulak ya sekarang. tapi nasi + kacang merah tu rare 😳

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Diorang pelbagaikan perisa. Boleh sesuaikan dengan tekak orang Malaysia.

      Delete
  4. Alahai! semalam pergi Aeon tapi tak singgah supermarket pulak kalau nampak beli dah ni hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Lain kali boleh beli lagi. Rasanya lama lagi promo ni tamat.

      Delete
  5. Wah, sedap ni. Betul, rasanya kena ada saiz yang comel-comel juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Boleh beli satu set untuk cuba rasa onigiri tu.

      Delete
  6. alolo comel ada pula onigiri omar hana

    ReplyDelete