Pengalaman Return Refund barang Shopee.


Bukan aku tak pernah buat Return/Refund barang yang aku beli dari Shopee. Banyak kali. Aku akan buat bila barang yang aku terima (selalunya buku) tu rosak dari segi fizikal. Dan isu ni disebabkan dua benda je:
  1. Seller tak pack barang dengan secure.
  2. Kurier cuai kendalikan barang.

Nak buat Return/Refund senang. Chat dulu dengan seller dan pastikan ada bukti yang barang tu rosak sama ada dalam bentuk gambar atau video.


Lepas Shopee dah approved, maka, boleh lah send barang tu. Nak send kat siapa? Kalau Shopee Mall, selalunya barang tu kena return kepada Shopee warehouse. Kalau kedai biasa, kena return kepada alamat seller.

3 minggu baru dapat refund


Alkisahnya aku order komik kat Gempakstarz. Komik baru keluar. Komik Karate jilid 3. Malangnya masa excited unboxing, aku perasan tulang komik tu rosak. Mungkin salah kurier sebab seller dah pack elok dan kemas.


Aku pun teruskan dengan request Return/Refund. Pack semula komik tu, tampal AWB, snap gambar dan hantar kepada kurier.
  • 15 Jun - Kurier collect
  • 16 Jun - Barang selamat sampai kat Shopee warehouse (Shah Alam)

4 hari aku tunggu, takde update dari Shopee. 20 Jun aku chat dengan staff Shopee pasal ni. Katanya perlu lebih masa. Dalam 5 - 7 hari untuk proses.


Aku pun tunggu lah dengan sabar. Tapi 28 Jun masih takde khabar berita. Aku chat lagi Shopee. Katanya diorang perlu masa 3 - 5 hari untuk investigate. Pulak dah. Berapa banyak masa kau nak kak oi!


6 Julai aku chat lagi sebab takde apa-apa update. Emel pun tak dapat. Kali ni aku marah. Aku geram sebab diorang ambil masa yang terlalu lama untuk proses Return/Refund aku. 3 minggu. Macam tak logik.


Maka, berlegar-legar lah dalam kepala otak aku sebab apa Shopee ambil masa yang sangat lama:
  1. Staff Shopee kat warehouse terlepas pandang barang aku sebab terima banyak sangat barang Return/Refund?
  2. Barang aku masih dalam queue yang sangat panjang?

Aku tak tahu sebab sebenar kenapa proses Return/Refund kali ni ambil masa yang tersangat lama. Padahal komik aku beli tu dalam RM8 je pun. Bukannya harga ribu riban sampai nak kena check betul-betul tang mana rosaknya.

7 Julai 2022, aku dapat refund. RM8.08, bukan RM8 ribu tau. 3 minggu. Punya lah lama masa nak kena tunggu semata-mata nak dapatkan balik RM8.08 tu.


Aku bukan apa, duit tetap duit walaupun 1 sen. Kalau aku tak kisah, takde lah aku gigih nak pergi balut balik komik tu dan buat Return/Refund. Aku kisah semua ni.

Aku tak tahu bila jadi macam ni, apa kesan antara Shopee dengan syarikat kurier tu. Bila banyak customer buat Return/Refund disebabkan kecuaian kurier, adakah Shopee masih akan teruskan kerjasama dengan syarikat kurier tu?

Post a Comment

7 Comments

  1. pengalaman sy return brg shopee via JnT ni amat ekspress. Sy buat permohonan. Pas tu terus Shopee suruh drop brg tu kat JnT terdekat. Esoknya permohonan dah diluluskan. Lusa atau tulat duit tu dah dipulangkan ke akaun bank sy. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau terus hantar kepada seller memang cepat proses. Kalau hantar kepada warehouse, makan masa.

      Delete
  2. aida ada experience refund ye.
    sukar. tapi dpt.
    return & refund lom lagi.
    tq for sharing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Betul. Kalau refund, mudah dan cepat. Kalau return ni memang tak best.

      Delete
  3. bukan ke seller tak boleh pilih courier? tapi pelik jugak statement tu sebab seller yang pergi drop parcel tu sendiri. ke cmane?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seller ada option untuk pilih kurier. Saya pernah buat entri pasal ni (https://www.bolakatok.com/2022/03/cod-shopee-kenapa-ada-seller-tak-gunakan.html) tak lama dulu.

      Saya saspek mana-mana kedai yang ada status Mall, barang tu akan dihantar kepada warehouse Shopee, bukan office seller.

      Contohnya macam kes saya. Saya beli buku dari kedai Gempakstarz yang ada label Mall. Jadi, bila nak buat return, kena hantar kepada warehouse Shopee, bukan office Gempakstarz. Jadi, Shopee akan periksa.

      Sebab saya pernah beberapa kali return barang kedai yang takde label Mall. Barang tu kena hantar direct kepada office/rumah seller.

      Delete
  4. Alhamdulillah sepanjang ammi beli barang dengan shopee..brg diterima dalam keadaan yang baik

    ReplyDelete