Jumpa set Mamee Monster Justice League.


Masa masuk pasar raya, aku cari Mamee Monster baru. Versi DC Justice League. Tapi ada perisa BBQ je. Tak tahu lah stok perisa lain belum masuk atau diorang tak order lagi perisa lain.

Singgah kedai ECO. Tak sangka ada jugak diorang jual Mamee Monster baru ni. Kat sini ada dua perisa: BBQ dan ayam. Perisa lain (pedas dan black pepper) takde.

Watak-watak superhero DC.

Lepas tu, aku masuk Petronas. Pun tak sangka pulak kat sini ada jual perisa pedas. Lama dah aku cari. Jumpa jugak. Maka, beli lah aku dua paket.

Kesemua 3 perisa ni sama je macam perisa sebelum ni. Takde perubahan rasa. Yang lainnya, gambar kat paket mi dan paket perencah tu je.


Satu perisa lagi yang tak beli lagi iaitu perisa black pepper. Mydin, ECO, KK Mart, Speedmart semua takde. Semalam, tengok kat 7e, ada pulak perisa black pepper. Tapi harga tak nak kalah. RM5.20 satu pek besar. Harga runcit biasa dalam RM3 lebih je. Memang tak lah aku beli. Kalau ada rezeki, jumpa lah kat tempat lain nanti. Jimat itu bijak, sabar itu indah.

Post a Comment

0 Comments