Demam sebab virus influenza ke?


Kalau dulu COVID-19 bermaharajalela, sekarang influenza pulak yang naik takhta. Walaupun kesan dari influenza ni tak seteruk COVID-19, tapi bila dah kena, parah jugak. Nak buat kerja normal pun terganggu.

Dari minggu lepas lagi terasa sakit tekak. Rasa macam kering dan dalam masa sama, berkahak. Kemudian, kepala pening dan badan panas. Tapi tak seteruk demam yang biasa tu.

Minggu lepas jugak ada dengar announcement kat luar rumah ala lori jual beli tilam tu. Tak pasti dari mana. Klinik kesihatan kah? Diorang pakai speaker. Kuat pulak bunyinya. Katanya kalau ada simptom tertentu, kena pergi klinik terdekat.

Waktu tu aku elok lagi. Selang beberapa hari, terus sakit-sakit belakang. Macam simptom pesakit influenza. Paling tak best, asyik berkahak bila bangun tidur. Nak paksa keluar, risau lagi teruk bila luka.

Nasib baik segala ubat dah ada. Paracetamol, ubat sakit tekak, ubat batuk, ubat selesema semua dah ada. Makan dulu apa yang ada. Kalau tak kebah lagi, nak tak nak kena pergi klinik.

Harapnya bukan influenza lah. Mungkin jugak sebab cuaca yang selalu panas kering sekarang ni. Masuk tengah hari je, satu rumah terasa bahang cahaya matahari. Ni kalau jemur pakaian, tak sampai sejam dah kering. πŸ˜‚

Apa kena buat?


  1. Banyakkan minum air masak.
Minum supaya tekak tak kering. Kalau boleh, pastikan cukup 7 gelas sehari. Elak minum air panas. Risau dalam tekak makin teruk.

  1. Mandi sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
Kalau hujung minggu duk kat rumah atau dapat MC, boleh buat macam ni. Kalau kerja, boleh basuh muka tiap kali rasa tak selesa.

  1. Makan ubat ikut keperluan.
Kalau dah jumpa doktor, makan ubat ikut arahan yang doktor bagi. Jangan liat. Sebab ubat ni lah yang boleh bantu kurangkan kesan yang kita alami.

  1. Elak pergi ke tempat awam.
Kalau dah batuk dan selesema tu, jangan lah degil nak keluar rumah jugak. Lebih elok berkurung dalam rumah. Risau menjangkiti orang lain pulak nanti.

  1. Pakai air purifier atau air filter dalam rumah.
Kalau mampu, beli lah. Tak rugi pun demi kesihatan. Pengudaraan dalam rumah sangat penting. Kadang kita tak tahu dalam rumah kita penuh dengan bendasing yang boleh ganggu sistem pernafasan dan kesihatan kita.

  1. Sentiasa pakai pelitup muka.
Pakai lah selagi mampu beli. Jangan bebal tak nak pakai. Mentang-mentang SOP dah dilonggarkan, terus tak nak pakai. Aku tahu ramai tak selesa pakai face mask sebab agak membataskan komunikasi. Lagi-lagi orang yang pakai cermin mata. Berkabus je bila bernafas. Tapi itu lah harga yang perlu dibayar demi kesihatan kita dan jugak orang sekeliling.

Post a Comment

18 Comments

  1. Semoga cepat sembuh.
    Cuaca memang panas.

    ReplyDelete
  2. Alamak. Takut jugak ni. Harap awak cepat sembuh dan sekadar demam biasa je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah dah sembuh. Demam biasa. πŸ˜…

      Delete
  3. Semoga cepat sihat bro. Amalkan madu di campur air suam.. dan jangan tinggal berkumur dengan air garam selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih bagi petua. Memang kena selau berkumur bila ada simptom macam ni.

      Delete
  4. syafakallah! risau sekarang ni mcm-mcm penyakit adaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann. Kalau tak berjangkit, tak risau mana. Ni bila berjangkit, bikin pusing kepala. 😡

      Delete
  5. pilek tidak kunjung sembuh kak kenapa ? yah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah sembuh. Mungkin bukan dijangkiti influenza. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu kat sini.

      Delete
  6. Semoga cepat sembuh. Kak Feni pun sedang alami benda yang sama tapi dah semakin sihat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Kann. Mungkin sebab musim tak sihat sekarang ni. Cuaca pun salah satu faktor.

      Delete
  7. Musim influenza pulak sekarang ni. Sama sama naik dua penyakit ni. Yang risau influenza ni symptom dia agak lama. Kena kuat semangat juga melawan penyakit.

    Semoga cepat kembali sembuh BK. Take care.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Alhamdulillah tak teruk. Tak demam teruk. Kahak je yang degil nak hilang. πŸ˜‚

      Delete
  8. Rasanya sana sini dah mula la. Nampak macam biasa tapi sebenarnya tidak biasa juga influenza ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Penyakit ni mudah tersebar. Kadang terjangkit dalam tak sedar.

      Delete