Variasi Pek Spesel Lawak Kampus 43.


Sakan betul Gempakstarz main dengan Pek Spesel kali ni. Bukan satu atau dua variasi, tapi 6. Banyak betul. Dulu paling banyak pun, 5 tak silap aku.

Mix feelings jugak bila jadi macam ni. Bukan aku tak suka. Tapi terlalu banyak, tak sempat nak kumpul. Rakyat marhaen macam aku ni mampu tengok je walaupun dalam hati nak sangat beli untuk buat koleksi.

Whatever. Maka, aku mampu beli satu je lah. Versi Gempakstarz, beg warna hitam. Tu pun berebut beli sebab nak dapat kad autograf Keith. Asal ada. Tak nak seksa diri sendiri dengan benda yang bukan keperluan.


Kali ni, Gempakstarz hasilkan 6 variasi. Aku tak pasti kenapa banyak macam ni. Mungkin sebab nak promote NFT? Atau mungkin sales mencanak naik disebabkan Pek Spesel?


Komik yang sama. Beg yang sama. Cuma yang lainnya, warna dan gambar kartun kat depan beg.

1. Versi Gempakstarz 1 (merah)



Versi Gempakstarz terlebih dulu dijual berbanding versi lain. Gambar kat depan beg, aku bagi rating 9/10. Tak perfect tapi tak pulak buruk. Ngam-ngam gitu.

Katanya warna merah ni digilai oleh budak-budak sekolah. Ye lah. Warna striking dan garang macam ni memang banyak permintaan.

Harga: RM38.00

2. Versi Gempakstarz 2 (hitam)



Sama jugak macam warna merah. Kartun yang sama. Lainnya cuma warna beg. Aku beli warna hitam. Sebab aku rasa warna hitam lagi sesuai dengan remaja purba macam aku ni.

Harga: RM38.00

3. Versi Gempakstarz 3 (Bahasa Cina - merah)



Selain BM, Gempakstarz ada jual Pek Spesel dalam Bahasa Cina. Beg sama macam versi BM warna merah. Dan seingat aku, hanya ada satu warna beg je bagi versi ni.

Harga: RM38.00

4. Versi 7e



Tak lama lepas versi Gempakstarz dijual kat pasaran, muncul versi 7e. Macam biasa, versi ni tak dijual online. Hanya boleh beli direct kat cawangan 7e seluruh Malaysia. Tapi setakat aku singgah kat 7e, tak pulak nampak versi ni. Sold out atau belum masuk lagi?

Aku bagi rating 5/10 untuk versi ni. Kartun kat depan beg bagi aku, tak ngam diletakkan kan kat beg. Nampak macam beg murah pulak. Mungkin lebih sesuai kartun tu diletak kat T-shirt. Nampak lagi seimbang. Lagi satu, warna biru cerah beg ni buatkan keseluruhan beg nampak terlalu kebudak-budakan. Mungkin versi 7e ni fokusnya kepada kanak-kanak?

Harga: RM40.00

5. Versi Popular Bookstores



Versi ni seingat aku, mula dipasarkan masa Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2022 hari tu. Masa scroll FB, aku perasan ada peminat yang post gambar versi Popular yang dia beli.

Aku suka versi ni. Aku bagi rating 9.5/10. Design kartun kat depan nampak moden walaupun hanya dua karakter (Vanness dan Froggy) yang digunakan. Plus warna hitam beg menaikkan lagi seri gambar kartun tu.

Harga: RM38.00

6. Versi MPH Bookstores



Versi terbaru. Baru minggu lepas aku perasan kewujudannya masa godek-godek Shopee dan website MPH.

Beg warna oren. Lawa jugak. Paling lawa, design kartun kat depan beg tu. Dengan panel komik dan speech bubble tu buatkan versi MPH ni sangat unik. Aku bagi rating 10/10 untuk versi MPH.

Harga: RM38.00

Marketing yang bagus


Aku suka team marketing diorang. Pandai betul Gempakstarz guna peluang ni untuk promote komik Lawak Kampus. Mungkin lepas ni diorang boleh buat kolaborasi dengan kedai buku yang lain macam Borders, MBS dan SMO Bookstores. Tapi harapnya jangan lah tambah lagi variasi Pek Spesel. Risau lepas ni aku mampu jeling je. 😂

Post a Comment

6 Comments

  1. anak2 aida peminat lawak kampus.
    pantang ada yg baru, jejak masuk popular je, mesti Izzat akan grab 1.
    berkenan.
    bulan ni birthday Izzat. perfect gift ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus tu. Ada minat membaca buku walaupun komik.

      Delete
  2. Replies
    1. Betul. Dan mesti sanggup keluarkan modal besar untuk buat koleksi.

      Delete
  3. wah..oren tu cantik. terracun pulak nak membeli ni

    ReplyDelete