Pertama kali makan Choki Stix.


Masa masuk pasar raya, aku plan nak cari Choki Choki yang ada mainan Doraemon. Bagi aku, Choki Choki versi tu sangat rare. Tak banyak kedai yang jual. Dalam AEON pun takde. Tapi cari punya cari, tak jumpa pulak.


Seingat aku, dulu pasar raya ni ada je jual. Aku pernah beli beberapa ketul. Mungkin dah habis stok atau diorang tak jual langsung, tak tahu lah aku.

Mungkin rezeki aku kat tempat lain. Aku ternampak pulak Choki Stix yang sememangnya dah lama aku nak beli. Tapi dulu, masa masuk AEON, ada yang satu bundle besar je. Kat pasar raya ni, ada yang loose.

Bukan apa. Aku nak beli yang loose sebab tak nak membazir. Kang beli yang satu kotak tu, bila rasa tak sedap, membazir pulak nanti tak makan habis.


Choco Stix ni produk terbaru company Choki Choki iaitu Mayora. Harga pek loose ni RM1.10 je. Dalam pek ni, ada beberapa batang biskut yang disalut coklat.

Rasa, bagi aku, sedap je. Cokat salutan tu macam rasa Choki Choki. Biskut tu pun best. Sangat sesuai untuk makan sambil tengok TV atau membaca. Terasa tak puas pulak makan satu pek. Kena rembat lagi kat kedai ni. 😂

Post a Comment

8 Comments

  1. belum pernah jumpa baru agaknya..salam kenal bola katok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal. Jajan baru lagi. Mungkin sesetengah kedai je yang jual sekarang.

      Delete
  2. Replies
    1. Lebih kurang. Cuma yang ni adik Choki Choki. 😄

      Delete
  3. RM1.10 murah le tu. Kalau jenama lain bagi coklat seumpamanya memang mahal sikit.

    ReplyDelete
  4. baru tahu ada coki2 stick. nanti boleh cari harga pun murah.. thanks sharing :)

    ReplyDelete