Dapat keychain ZUS x MR. DIY pulak.


ZUS Coffee dah mulakan promo baru. Kali ni diorang collab dengan MR. DIY. Dinamakan Kita-Kita Series. Macam biasa lah. Bila dah promo, ada lah merchandise yang diorang bagi free.


Untuk promo ni, setiap pembelian air at least RM25, dapat seketul keychain. Ada 3 jenis keychain: Kedai Kita, Bengkel Kita dan Van Kita. Tapi kesemua keychain ni macam blind box. Dalam pek tu, tak nampak pun jenis mana satu.


Promo ni start 18 Ogos hari tu. Baru tadi aku sempat singgah ZUS masa keluar ke bandar. Masuk kedai, terus order. Aku beli 2 ketul air: ZUS Gula Melaka dan Iced Salted Caramel Chocolate.


Air sempena promo ni banyak. Ada 8 ketul. Aku tak beli pun air promo versi MR. DIY ni. Sebab semua tu latte. Aku tak suka latte. 😭


Aku dah biasa beli air gula melaka ni. Air ni antara favourite aku selain air buah. Sebab rasa gabungan kopi dan gula melaka tu aku suka. Unik. Kalau nak minum air ni, kena kacau bagi sebati. Kes gula melaka tu ada kat dasar. Kalau tak kacau, pahit rasa air ni.

Sebelum kacau.

Selepas kacau.

Air coklat salted caramel ni pun aku biasa beli. Salted caramel ada 2 versi: latte dan coklat. Sebab aku tak suka latte, aku beli versi coklat. Aku suka rasa coklat yang diorang guna. Sedap.


Macam biasa, setiap kali promo, akan ada sleeve cup baru. Kali ni ada seketul je. Tak banyak macam promo Buddy. Beg kertas pun takde kali ni. Hanya ada sejenis sleeve cup dan 3 jenis keychain. 😥


Tapi takpe lah. Asal ada. Aku dapat keychain jenis Bengkel Kita. Lawa jugak keychain ni. Keychain ni bukan jenis biasa. Dalam tu ada ketulan mini Buddy, maskot MR. DIY dan benda-benda lain. Kalau goncang, semua tu akan bergerak sekali.



Nak dapat keychain, kena order air ZUS secara pickup. Tak boleh buat delivery ataupun order kat kaunter. Ingat nak order lagi. Tapi risau pulak nanti dapat keychain yang sama pulak. 😄

Post a Comment

2 Comments

  1. Cantik la merchandise zus X mr.diy .. selamat mengumpul .. 😆

    ReplyDelete
  2. Bagus juga promosi kite ni apa lagi nak merdeka ni. comel keychainnya

    ReplyDelete